Tuesday, 31 December 2013

Harapan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ni. Walaupun dah lama tak update, ia masih lagi lidah rasmi bagi Iqbal Nasir. Aku masih sangat aktif di media sosial. Tapi aku tergerak untuk update blog ni sebab kebetulan tadi ada "bertikam lidah" sikit pasal politik ni. Okey, jom berbincang pasal politik. Sesiapa yang dah terbaca intro ni, aku PAKSA korang baca sampai abis, hahahaha...

Baru-baru ni ada keluar di ruang-ruang koran bahawa menteri belia dan sukan ada mengusulkan pembelajaran politik seawal sekolah. Aku pun tak ingat sangat sebab aku baca sekali imbas saja. Tapi yang pasti pembabitan warga yang lebih muda untuk terlibat dalam politik. Sejujurnya aku setuju. Tapi aku takut ia disalahgunakan oleh pihak kerajaan. Lihat sahaja kursus Biro Tata Negara (aku dah pernah pergi), ianya berbaur politik berat sebelah. Jadi aku setuju pembabitan warga yang lebih muda dalam politik, tetapi pelaksanaannya haruslah bebas dari sebarang pengaruh parti politik, TERMASUKLAH PIHAK KERAJAAN! silibus yang digunakan haruslah bebas dari memburuk-burukkan mana-mana pihak.

Budak-budak muda sekarang ni ada yang kurang gemar "ambik pot" dalam politik. Aku tahu apa sebabnya. Sebabnya adalah taktik-taktik keji yang dilakukan oleh para penyokong. Fitnah bersepah-sepah. Tengok sahaja dalam akhbar, tahun lepas dikatakan Mat Sabu komunis, tahun ni dikatakan pula Syiah, ianya dua ideologi yang sangat berbeza! Senyap cerita Mat Sabu, sekarang dikatakan perhimpunan malam ini untuk guling kerajaan? Anda nilailah sendiri kotornya politik kita. Lepas itu, kedua-dua belah pihak pula berhujah menggunakan point-point fitnah tersebut dan menggunakan teknik provokasi dengan menggelar berbagai-bagai gelaran seperti DAPig, Umngok dan sebagainya.

Politik ini sebenarnya penting. Kerana politik adalah penentu pentadbiran sesebuah organisasi sehinggalah kepada sebuah kerajaan. Dari pemilihan ketua darjah hinggalah ketua negara. Ianya adalah politik. Oleh kerana itu, dengan adanya "proper education" kita akan menjadi satu bangsa yang lebih matang berpolitik, berhemah dan dihormati. Aku akan senaraikan beberapa perkara atau kaedah yang sebenar yang perlu anda lakukan untuk menjadikan minda anda kelas pertama.

  1. Rakyat yang mengundi ada hak untuk mengetahui ideologi semua parti / kesatuan yang ada di Malaysia.
  2. Dengan mengetahui ideologi parti-parti yang bertanding, rakyat dapat memilih parti mana yang sesuai dengan kehendak individu terbabit.
  3. Rakyat boleh berdebat secara sihat di mana-mana ruang; di public atau di social media.
  4. Rakyat perlu lebih hemah berdebat tanpa menggunakan unsur provokasi atau menggelar mana-mana pihak atas dasar menghormati hak perbezaan pendapat.
  5.  Rakyat harus tahu batas-batas sensitiviti di negara yang berbilang kaum dan agama ini.
  6. Sebarang kenyataan tidak boleh diubahsuai, dipotong atau diedit.
Andainya harapan aku jadi kenyataan, rakyat negara ini sudah boleh mula berkira-kira menjadi sebuah negara maju. Aku pernah katakan yang status negara maju hanya akan boleh secara bangganya di "declare" kan andainya mentaliti rakyat negara kita berubah menjadi lebih matang. Tak guna bina prasarana berkelas pertama andainya mentaliti rakyatnya di kelas ketiga. Pak Lah yang pernah cakap macam tu.

Aku tak sambut pun sambutan tahun baru ini. Sebab ini ikut kalendar masihi. Aku tak larang pun korang sambut. Cuma aku berpendapat yang kalau Islam pegang ekonomi dunia, kita masih akan ikut takwim masihi kah?

Tuesday, 1 October 2013

Stressnya Assignment-Assignment Ni!

Dah lama rasanya tak menulis di laman blog ini. Bila sudah selesai tugasan Bahasa Inggeris, barulah rasa lapang sedikit untuk menulis dan sebagainya. Tapi masih ada lagi tugasan-tugasan lain, kuiz malah ujian yang bakal dihadapi.

Rasa lapang itu terbit seusai sahaja tugasan Bahasa Inggeris selesai, tugasan Bahasa Inggeris ini banyak tekanannya. Subjek ini tiada peperiksaan akhir. Melalui projek berterusan inilah pelajar akan dinilai. Meskipun subjek ini subjek Bahasa Inggeris, kami dikehendaki untuk menghasilkan produk baharu dan membuat sales presentation dalam Bahasa Inggeris. Banyak pelajar yang mengeluh dengan tekanan untuk menghasilkan produk baharu mereka. Saya juga tak terkecuali. Tetapi ramai juga yang melampiaskan kemarahan mereka terhadap pendekatan pensyarah terhadap mereka.

Ramai orang bertanyakan kepada saya, mengapa saya anti sedikit terhadap pensyarah subjek "selling" tapi bukannya subjek BI walaupun tekanan subjek BI adalah lebih berat berbanding selling. Dari perspektif saya, saya anti dengan pensyarah "selling" dan bukannya subjek "selling". Saya tak pernah membenci mana-mana subjek semenjak saya masuk di KPTM ini. Sebarang tekanan yang datang dari sebarang subjek saya jadikan cabaran. Samada saya mampu melaksanakan dengan baik atau tidak itu perkara nombor dua. Menghadapi pelbagai personaliti juga merupakan satu cabaran. Malangnya saya masih belum mampu untuk berdiplomasi dalam hal ini. Prinsip saya "if you bitching with me, I'll do the same thing with you". Respect is a two-way road, you want respect, learn to treat other respectively. Makanya, saya tak pernah membenci subjek "selling", malah saya akui kepentingannya dalam bidang ini.

Mari kita beralih kepada subjek Bahasa Inggeris. Saya sebenarnya lebih suka ditekan dalam perkara ini. Ramai yang mengeluh mengapa pensyarah mereka atau lebih tepatnya pensyarah saya menekan dalam berbagai aspek produksi mereka padahal pensyarah lain lebih santai dan rileks dalam penyampaian mereka. Pada saya, bila kita ditekan, kita lebih dekat dengan "persekitaran" pasaran di luar sana. Kita lebih didedahkan dengan situasi dunia sebenar. Pemimpin-pemimpin dan negarawan-negarawan di luar sana mendambakan "produk" yang berkualiti tinggi dihasilkan oleh institusi-institusi pengajian di negara ini supaya negara akan lebih berdaya saing. Malangnya silibus kita banyak berdasarkan exam-oriented. Maka, bila pendekatan "problem-based learning" diperkenalkan, banyak pelajar mengeluh. Inilah masalahnya dengan kebanyakan pelajar kita, termasuklah diri saya. Iaitu kita selalu minta "disuap". Maka dimana effort kita untuk mencari ilmu? Kita nak ilmu, tapi berharap ilmu itu datang sendiri kepada kita. Ilmu pun macam cinta juga, cinta kalau tak dicari, bagaimana ia nak datang? Jadi saya sebenarnya bersetuju dengan peralihan pendekatan pembelajaran yang kita hadapi sekarang. Stress? betul, saya akui. Tapi itulah hakikatnya di dunia luar sana.

Kesimpulannya, dengan subjek BI ini mengajar saya sedikit sebanyak terhadap tekanan yang bakal kita hadapi jika satu hari nanti kita ingin menjadi produser. Tidakkah anda bercita-cita sebegitu apabila mengambil jurusan ini? Ia juga mengajar kita tentang risiko-risiko yang mungkin kita hadapi bila kita jadi produser nanti. Jadi walau apapun gred yang saya mungkin perolehi, saya bersyukur mengambil subjek ini tahun ini. Agaknya apa cabaran di semester hadapan?

Wednesday, 17 July 2013

Berani ke aku ni?

Semalam lecturer aku cakap orang yang ada blog ni berani. Berani untuk meluahkan pendapat dan mengekspresi rasa di persekitaran yang public, maksudnya semua orang boleh membaca pendapat kita di serata dunia.

Pada aku, aku bukanlah seorang yang berani. Keberanian aku di dunia maya ini dapat dilitupi dengan perkataan "anonymous". Di dunia siber ni ada satu lagi istilah yang dinamakan "keyboard warrior". Ia merujuk kepada seorang yang lantang "menaip" di dunia siber tapi realitinya di dunia nyata mereka tak lebih hanya sebagai tin kosong.

Kesimpulannya, di dunia siber ini, semua orang boleh menjadi sesiapa sahaja. Mereka akan jadi lebih yakin dan "confident" berlindung di balik keyboard. Lebih baik sekiranya mereka berjaya menterjemahkan sikap tersebut di dunia nyata.

Jadi sampai sini dululah rasanya celoteh aku. Aku pun sebenarnya sedang kebosanan sebab tak ada apa boleh aku buat ketika ini. Jumpa lagi, wassalam...

Friday, 14 June 2013

Itu Semua Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Hari ni aku just nak tulis tentang pentingnya kita bersyukur dengan apa jua ketentuan yang tersurat kepada kita dan lebih penting lagi, kita ambil pengajaran dari ketentuan tersebut.

Kita sering terlupa untuk bersyukur, lebih2 lagi dengan nikmat yang sering dipandang enteng oleh kita, contohnya kita hidup di Malaysia. Surau berlambak, nak beribadat tak susah. Cuba pergi negara lain, aku ni tak pernah pergi luar negara, so kalau salah tolong betulkan. Ini membawa kepada poin utama dalam bingkisan kali ini.

Pernahkah anda bersyukur dengan ujian dan musibah yang anda hadapi? Firaun dikatakan tak pernah sakit, lantas membuatkan dia ego dan mengaku tuhan. Setiap kali aku sakit, dan kadang-kala ia terlalu berat(hakam tau la macam mana aku masa sakit),  aku bersyukur kerana Allah buat aku sedar yang aku ni lemah, segala kekuatan aku ni pinjaman-Nya. Sekurang-kurangnya Dia masih ingat dan ambil berat tentang aku. MUNGKIN dengan kesakitan itu, dapat mencuci dosa-dosa yang aku dah lakukan. Kalau itulah benar-benar berlaku, sungguh aku bersyukur aku jatuh sakit.

Bila Allah turunkan ujian juga, akan membuatkan kejayaan kita di kemudian hari lebih manis. Sejarah hitam masa aku di matrikulasi dan IPTA dulu membuatkan aku bersyukur kerana aku kini bangkit dan harapanku kecemerlangan ini akan berkekalan agar dapat aku menaikkan nama agama dan bangsa aku. Tetapi masih aku sedar, ianya takkan berlaku tanpa izin-Nya. Study la macam mana pun, kalau tak diizinkan Allah untuk berjaya, kita tak akan berjaya. Sebab itulah kita perlu usaha+doa+tawakkal untuk sukses dalam hidup, Insya Allah...

Rasanya macam dah panjang aku melalut kat sini, bukannya ramai baca pun kan? Tapi kalau ada yang terbaca dan ingin berkongsi entri ini, anda sangat dialu-alukan...share, tweet atau retweet, do what u wanna do(nyanyi lagu windows 8)...

Jumpa lagi
wassalam...

*entri ini ditulis menggunakan apps blogger

Sunday, 9 June 2013

Aku Rindu

Aku tadi singgah R&R masa maghrib, so aku solatlah berjemaah. Lepas tu, aku pun tiba-tiba rasa rindu, rindu nak solat berjemaah. Sebenarnya, rumah aku ni depan surau je, dulu masa aku kat U lama, kalau aku balik rumah, mesti solat kat depan tu. Sebenarnya tak ada alasan sebenarnya nak solat berjemaah, tapi aku masih beralasan. Alasan aku?

Aku takut dan malu kalau orang tanya apa aku buat sekarang. Pakcik-pakcik yang selalu aku jumpa mesti tanya. So, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, aku pun dah tak pergi berjemaah. Jemaah kat depan tu pun tak ramai, so memang obvious kalau aku ada.  Lepas ni, bulan puasa, mesti ramai datang surau tu., so boleh la lepas rindu. Kat asrama pulak, aku malas nak turun, (jangan contohi) so sebab tu aku tak pernah turun melainkan perlu. Bila aku dengar kat depan rumah sewa semester depan ada surau sedang dibina, tiba-tiba aku rasa excited. Hahaha...so, aku berharap surau tu cepat la siap...

Apa-apa pun, tak sepatutnya aku beralasan. Sebagai seorang lelaki, sepatutnya aku solat secara berjemaah. Lebih-lebih lagi, surau depan rumah sahaja.Kawan-kawan, jangan contohi aku ya?

Friday, 5 April 2013

PTPTN: Nak Bayar Pun Susah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Hari ini aku nak meluahkan rasa tidak puas hati aku terhadap sebuah organisasi yang bernama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia, PTPTN. Aku tahu yang PM kita sangat sibuk dengan jentera pilihan rayanya, tapi aku harap kalau PM kita masih sama lepas PRU kali ni, dia akan terlintas untuk membaca coretan aku kali ini.


Luahan aku kali ni bukanlah pasal pendidikan percuma atau tidak, malah bukan juga tentang riba. Aku nak meluahkan rasa tidak puas hati aku terhadap khidmat pelanggan yang di sajikan kepada aku, yakni pelanggan. Ada dua cerita aku nak story ni.

Thursday, 4 April 2013

Susahnya Nak Kekalkan Equilibrium Itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ni. Dah lama rasanya tak update, dek kerana kesibukan kerja dan assignment, projek dan sebagainya. Walaupun dah lama, tapi aku nak share jugak buat sesiapa yang belum tengok lagi video Majlis Dekan yang aku hadiri bulan lepas. Yang dah tengok tu kalau tak nak tengok dah, tak payah tengok la ye?


Kalau dilihatkan tajuk kat atas tu macam gempak je kan? Sebenarnya aku saja nak relate dengan benda yang aku belajar baru-baru ni dalam subjek Micro Economics. Jangan takut, aku bukan nak cerita sangat pun pasal micro tu. Aku hanya nak mengaitkan konsep "equilibrium" dalam kehidupan seharian kita.

Monday, 11 March 2013

Layu Melayu #1: Pengenalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Setelah beberapa kali berjanji, namun tak ditepati, akhirnya aku menaip juga entri pengenalan ini. Aku menangguh untuk menerbitkan entri ini kerana aku tak dapat mencari waktu yang sesuai untuk menerbitkannya. Aku kalau boleh nak publish entri ini pada waktu puncak, yakni waktu orang ramai online. Bila aku dapat online, aku kena keluar pula, sabtu malam ahad, aku celebrate anak buah aku punya birthday ke-2. Ahad malam isnin, teman mak aku pergi klinik pula, malam ini pula, tengok wayang dengan family pula. So, aku buat keputusan untuk menaip juga walaupun sudah lewat dan dah tak ramai orang online ketika ini. Tak apa, I'm willing to take the risk. Sebelum terlupa, aku dah tukar nama siri ini dari "Masalah Melayu" kepada "Layu Melayu" kerana ianya lebih catchy.

Sunday, 3 March 2013

Sebuah Usul Cadangan Buat KTM Komuter


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Kali ini aku just nak bagi cadangan kepada KTM komuter agar dapat memantapkan lagi servisnya.

Kalau anda semua ingat tweet yang aku post pagi tadi iaitu:



Kenapa pula mereka perlukan pakar matematik? Mudah sahaja, mereka memerlukan pakar matematik untuk mengoptimumkan prestasi mereka. Lebih-lebih lagi ketika waktu puncak. Mereka perlu menganalisa taburan pengguna yang menggunakan perkhidmatan tren mereka. Ini juga sangat penting apabila projek-projek penambahbaikan dijalankan. Dengan algoritma yang disediakan pakar tersebut, pengguna akan kurang waktu penantian mereka. Contohnya adalah apabila kita telah dapati satu stesen itu sangat jarang digunakan atau tidak menjadi pilihan ramai penumpang, tren tersebut boleh meneruskan perjalanan agar dapat menjimatkan masa. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan, tapi dek kerana kekangan masa dan kekurangan kepakaran, biarlah pihak pengurusan KTM komuter sahaja yang membuat keputusan. Ianya akan meningkatkan sedikit kos operasi, namun untuk jangka masa panjang, aku rasakan ianya berbaloi.

Sampai disini sahajalah, jumpa lagi nanti. Tengah kemaruk nak baca buku ni, baru lepas guna BB1M...

Wassalam...

Saturday, 2 March 2013

Bercinta: Gelojak Jiwa Sang Remaja


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang sudi melawat blog ini. Tak apalah, 2-3 orang yang sudi pun jadilah daripada tak ada langsung. Alhamdulillah, hari ni punya tanggungjawab terhadap Allah dah setel, walaupun tak sempurna. So, sekarang sementara nak tidur, aku nak menaip sikit.

Aku ni jenis tak suka berdebat depan-depan sebenarnya. Sebabnya aku takut aku akan dipengaruhi emosi. Jadi itulah sebabnya aku menulis. Jadi semua "point" aku dapat disampaikan tanpa pengaruh emosi.

Monday, 25 February 2013

Bila Sebut Pasal Politik...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Aku tengah gembira giler ni, Alhamdulillah, MARA aku dah settle, penyakit aku pun makin beransur pulih. Lebih seminggu aku menahan kesakitan pergi ke kelas, rasa nak pitam pun ada sebenarnya. Tapi yang penting aku dah beransur pulih.

Friday, 22 February 2013

Layu Melayu #0: Undang-undang Membaca Siri ini

1) Ini adalah pendapat peribadi, bermaksud apa yang aku tulis mungkin tidak benar atau dipengaruh emosi.

2) Walaupun ini bukanlah lagi 100% benar, tapi aku assume semua orang melayu adalah beragama Islam, seperti yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.

3) Sebarang komen dan cadangan bolehlah diajukan di setiap bawah entri atau boleh mention @infinitesane (twitter) #MasalahMelayu.

4) Kalaulah siri ini dapat menghasilkan entri yang sangat banyak, mana tahu boleh dibukukan seperti buku terkenal tulisan Che Det (Tun Mahathir Muhammad), Dilema Melayu. (yang ni perasan)

5) Aku akan menulis siri ini secara santai dan tidak menggunakan bahasa formal. Dengan harapan, generasi muda macam aku ni boleh masuk dengan apa yang aku cuba sampaikan

6) Aku ini insan biasa, tak terlepas dari dosa dan noda. So, kalau ada terlanjur dan tersilap bahasa, tegur dan maafkanlah...

7) Undang-undang ini mungkin akan dikemaskini dari semasa ke semasa, tapi buat masa ini, ini dahulu. tunggu entri pengenalan siri ini selepas ini...

Aku pamit dulu ya?

Friday, 25 January 2013

Kenapa Mereka Suka Memandang Rendah Terhadap Aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Hmm... Sebenarnya ini hanyalah luahan perasaan aku yang dah terasa macam direndah-rendahkan. Mungkin orang-orang terbabit tak bermaksud sedemikian. Aku mengaku yang memang aku seorang yang agak sensetif.

Saturday, 12 January 2013

Dah 11 tahun dah...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Semalam, 12 Januari 2013 tepat SEBELAS TAHUN aku mendaftarkan diri di sebuah sekolah tersebut. Aku tak boleh nak mention sekolah tersebut kerana sekolah tersebut berprestij tinggi dan aku adalah seorang hasil yang gagal daripada sekolah tersebut. Rakan-rakan aku satu batch kini hampir semua sudah menjadi "somebody". Ada yang jadi peguam, doktor? banyak. Yang dah kahwin pun ada. Ada yang dah membuat kemunculan di kaca TV, ada yang jadi ketua dan pemimpin. Aku? aku masih ada di bawah, di dasar mencuba mendaki semula ke puncak kegemilangan. I'm not gonna screw this up again. Aku dah tua, tak tahulah bila aku akan jadi "somebody". Aku sebenarnya rindu dengan mereka-mereka di atas tu, tapi aku tak boleh berjumpa dengan mereka mahupun bertegur sapa dengan mereka. Belum masanya.

Jadi, hujung minggu ni aku pun potong rambut. Dipotong oleh rakan semasa di Universiti dahulu, aku pun memotong misai dan janggut aku yang tak seberapa tu. Nak kasi nampak muda la tu. Muda tak?


Thursday, 3 January 2013

Aku Dan Tarian



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Seperti yang dapat anda saksikan dalam video diatas, aku sedang menari lagu baru V6 - Rock Your Soul. Ketika video tersebut dirakam (pagi tadi), aku masih tak dapat nak tangkap kareografi untuk part verse, dan step yang dah dapat aku tangkap pun belum sempurna lagi, belum smooth. Tapi, ketika aku sedang menaip entri ini, aku sudah pun dapat menangkap kareografi keseluruhan lagu ini. Cumanya belum smooth saja lagi.