Tuesday, 1 January 2019

Hello 2019, Tahun ni, I'm turning 30! Jodoh? Azam? Impian?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ok, dah recap 2018 dah, kalau belum baca, ada kat sini. Sekarang nak cakap pasal 2019 pula. Ya, dengan keluhan berat, tahun 2019 adalah tahun aku akan berusia 30 tahun, inilah dekad ketiga aku hidup. Macam tak percaya. Di kala orang-orang sebaya aku sudah pun membina rumahtangga dan berkeluarga, aku baru nak belajar menjadi dewasa. Rujuk entri sebelum ini.



Sejujurnya aku macam nak masa berhenti, biar aku kejar semula apa yang telah jauh aku ketinggalan. Tapi aku kenalah realistik, masa tak akan berhenti. Tapi pada masa yang sama, masa adalah suatu yang relatif. Aku sebenarnya dah penat. Aku tau ni semua salah aku, kalau aku tak messed up masa matrikulasi dan 1st degree aku, aku tak jadi macam ni. Rakan-rakan sekelas semua masih bertenaga, bersemangat nak memulakan hidup, aku pula dah banyak masa terbuang, masa yang sepatutnya aku bertenaga dan bersemangat dah pun dibazirkan, sekarang aku dah penat, nak buat perkara yang sepatutnya aku buat 7-8 tahun yang lalu.

Sejujurnya aku macam nak masa berhenti, biar aku kejar semula apa yang telah jauh aku ketinggalan

Aku taklah bermaksud aku dah give up on life, cuma aku penat. Nak bina kerjaya, bina kehidupan, ianya memenatkan. Jodoh. Ya, jodoh. Aku tahu, di tempat aku bekerja sekarang, ramai je yang lebih tua dari aku masih belum berkahwin. Tapi, yang rapat-rapat dengan aku (aku tak ramai kenalan yang rapat, maksud aku yang aku kenal dan bukan atas dasar professionalism sahaja la) mostly dah kahwin, dah berkeluarga, dan sebagainya. Aku ni nak sara hidup sendiri pun cukup-cukup makan je (ok, aku still ada disposable income for entertainment), selain dari tu, aku tak ada aset (atau liabiliti?) lain lagi (selain motor baru di entri sebelum ni). Aku rumah tak ada, masih duduk dengan parent, layak ke aku nak fikir tentang jodoh? Naluri aku memang nak merasa menyintai dan dicintai (Apasal macam lirik lagu Inteam ni?), tapi kekangan-kekangan yang ada ni membuatkan aku menahan rasa ini. Sebenarnya aku keluarkan ayat suicide weekend yang lepas bila aku try baju baru aku beli, aku cakap "Ni nak bawa pergi dating pun ok ni,", lepas tu mak aku pun luahkanlah concern dia suruh aku cari girlfriend, HAHAHAHA... salah sendiri, no comment.

Aku ada orang-orang yang aku minat, tapi kalau kalian yang membaca ini kenal aku melalui twitter atau instagram, mesti kalian tau aku tak pernah confess. Aku takut nak confess. Dan sejujurnya, aku still tak pernah berniat nak confess bila-bila masa pun. Aku pernah bercinta dulu pun sebab orang tu confess kat aku. So, my policy now is:

Siapa yang confess kat aku, akan ada kemungkinan aku akan terima

Sebab aku tahu, yang aku minat tu aku tak akan confess. Jadi aku akan reward orang-orang yang berani confess kat aku, sebab lebih berani dari aku. Dan, aku dah berserah dah pun. Siapa pun aku end up with, even dia tu someone yang aku minat atau tidak, kalau dialah orangnya, aku akan bagi yang terbaik untuknya. Kita takkan dapat yang sempurna, even kita pun tak sempurna. Kita tak sentiasa dapat apa yang kita nak, sebab apa yang kita dapat tu, barangkali lebih baik dari apa yang kita nak. Dan aku berterima kasih atas perhatian dan perasaan yang dia curahkan kat aku, itupun cukup membuatkan aku gembira. Kahwin? Duit tak ada bosskur...

Azam? Hmm... aku biasanya tak berazam, sebab tu la kot hidup aku tak kemana, hahaha... aku tak ada azam, cuma aku ada Impian je, impian yang dah tertunda tahun demi tahun, dekad demi dekad. Tengoklah, dapat tak aku realisasikan impian aku di dekad ini?

Jumpa lagi,
Ini Iqbal Nasir.

0 comments:

Post a Comment