PTPTN: Nak Bayar Pun Susah?
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Hari ini aku nak meluahkan rasa tidak puas hati aku terhadap sebuah organisasi yang bernama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia, PTPTN. Aku tahu yang PM kita sangat sibuk dengan jentera pilihan rayanya, tapi aku harap kalau PM kita masih sama lepas PRU kali ni, dia akan terlintas untuk membaca coretan aku kali ini.
Luahan aku kali ni bukanlah pasal pendidikan percuma atau tidak, malah bukan juga tentang riba. Aku nak meluahkan rasa tidak puas hati aku terhadap khidmat pelanggan yang di sajikan kepada aku, yakni pelanggan. Ada dua cerita aku nak story ni.
Cerita 1:
Aku dah tak study dah kat sebuah IPTA di selatan semenanjung, aku nak sambung study dalam bidang lain di sini, sekarang ni. So, aku memohon penangguhan pembayaran. Seusai tarikh akhir perlu bayar, aku tak menerima sebarang notis ataupun saman. Maka secara logiknya aku menganggap permohonan penangguhan aku itu diterima. Selesai satu semester disini, bapa aku suruh aku telefon PTPTN supaya dapat aku bayar sikit-sikit. Tak adalah susah nanti kalau kena "blacklist". Maka aku telefonlah bulan lepas. Alangkah terkejutnya aku apabila aku diberitahu yang permohonan aku itu tidak lengkap. Kenapakah setelah selesai SATU SEMESTER masih aku tak diberitahu mengenai masalah permohonan aku itu? Kenapa NAK KENA TUNGGU AKU (PELANGGAN) TANYA MEREKA? Emel tidak, SMS pun tidak. Betapa pemalasnya mereka yang menguruskan benda-benda ini untuk memberitahu pelanggan mereka tentang perkara ini. Aku kecewa dan marah. Jadi aku batalkan sahaja permohonan aku untuk menangguh pembayaran aku lantas memohon untuk menukar kaedah pembayaran konvensional (3%) kepada Ujrah (1%). Kata mereka, setelah mereka beri kelulusan, mereka akan memberitahu aku melalui SMS dan Emel.
Cerita 2:
Berminggu-minggu aku menyemak Emel-Emel aku (ya, aku ada banyak alamat Emel, 4 masih aktif) tapi hampa. Tiada satu pun yang datang dari PTPTN. SMS pun tiada. Yang ada, hanyalah panggilan-panggilan dari pihak bank mempromosikan produk takaful mereka. Akhirnya pada hari Rabu, 3 April 2013, jam 10:38, aku menelefon pihak PTPTN dan bertanya tentang hal ini. Alangkah terkejutnya aku (sekali lagi) apabila diberitahu yang aku sudah boleh menukar ke ujrah sudah lama. Dimanakah Emel dan SMS yang mereka janjikan? Aku diberitahu untuk memuat turun borang di laman sesawang mereka. Di borang tersebut, aku dijelaskan untuk menyerahkan borang tersebut kepada PTJ (Pegawai yang bertanggungjawab dengan perjanjian aku). Setelah aku klik pada pautan semakan PTJ, aku hampa sekali lagi kerana "server down". Jadi kepada siapakah perlu aku hantar borang tersebut? aku perlu menelefon mereka lagi?
Perbualan aku dirakam, dan Encik PM, tolonglah dengar macam mana layanan mereka, mereka seperti mahu menamatkan perbualan dengan segera. Bukankah aku ini pelanggan mereka? Bukankah aku perlukan maklumat yang terperinci? Sudahlah aku (pelanggan) kena terhegeh-hegeh cari mereka untuk dapatkan maklumat, dilayan seperti itu pula. Sepatutnya mereka perlu menyebarkan maklumat kepada pelanggan, bukannya pelanggan kena cari mereka untuk dapatkan maklumat. Kalau aku setuju pun dengan penubuhan PTPTN ini, macam inilah khidmat pelanggannya, baik tutup sajalah, buat sakit hati sahaja. Harapan Malaysia untuk menjadi negara maju dalam masa terdekat ini hanyalah tinggal mimpi kalau inilah sikap dan mentaliti yang disajikan pihak kerajaan. Sesebuah negara maju bukan hanya dari sektor teknologi dan ekonomi sahaja, tapi dari sikap dan mentaliti. Matangnya mentaliti kita, akan berkuranglah rasuah dan pelbagai lagi masalah society kita.
Tolonglah PM, walau siapa pun...aku dah boleh mengundi tau...aku tak perlu hadiah untuk pilih calon, aku perlukan jaminan masa depan negara ini. Aku boleh bekerja keras untuk dapat apa aku nak.
0 comments:
Post a Comment