Saturday, 2 March 2013

Bercinta: Gelojak Jiwa Sang Remaja


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang sudi melawat blog ini. Tak apalah, 2-3 orang yang sudi pun jadilah daripada tak ada langsung. Alhamdulillah, hari ni punya tanggungjawab terhadap Allah dah setel, walaupun tak sempurna. So, sekarang sementara nak tidur, aku nak menaip sikit.

Aku ni jenis tak suka berdebat depan-depan sebenarnya. Sebabnya aku takut aku akan dipengaruhi emosi. Jadi itulah sebabnya aku menulis. Jadi semua "point" aku dapat disampaikan tanpa pengaruh emosi.



Remaja, zaman tu aku dah pun laluinya. Dan sekarang aku hidup dalam kalangan mereka yang masih dalam fasa remaja. Aku, walaupun masih muda, tak boleh mengklasifikasikan aku sebagai remaja lagi. Belia mungkin, kerana aku sekarang sepatutnya dalam fasa awal dewasa. Tapi dek kerana kesilapan lalu, aku terpaksa melalui zaman "awal dewasa" aku bersama dengan "remaja".

Remaja ini secara umumnya, masih mencari hala tuju. Mereka nak mencari apa yang sebenarnya yang mereka mahu. Dan pastinya sebagai remaja, akan melakukan kesilapan. Aku dah melakukan kesilapan tersebut. Cuma kisah aku sedikit berbeza dari kisah klise remaja zaman sekarang. Remaja zaman sekarang, ini menurut pandangan aku la, tak semestinya betul dan bukan semua seperti yang aku huraikan sebentar lagi. Tapi kebanyakannya akan kemaruk mencuba sesuatu yang baru, fesyen baru, trend baru, dan pastinya cinta.

Pelbagai pandangan tentang cinta ini sebenarnya. Bagi aku, cinta semberono di usia remaja ini tak perlu kerana ianya mengganggu fokus remaja tersebut, dalam konteks aku ini, proses pembelajaran. Aku tidak pula menolak tentang isu berkahwin muda. Seperti yang anda tahu, menurut agama, berkahwin akan mendatangkan ketenangan. Bila kita bercinta sebelum berkahwin, banyak risikonya. Bagaimana kalau "clash"? Bukankah akan terganggu fokus kita dalam pembelajaran? Kalau dah "confirm" ada kerja lepas belajar, dan gatal sangat nak bercinta? berhenti belajar, bekerja, kumpul duit, masuk meminang, nikah je. Buat apa dibazir wang ibu bapa, penaja semata-mata nak mencari jodoh di institut pembelajaran? Jangan salah faham, aku tak menolak jodoh yang datang tanpa diduga. Semuanya itu urusan Allah. Yang aku maksudkan, buat apa masuk institusi pengajian, bila matlamat kita bukan untuk mencari ilmu? Kita belajar sebagai persiapan mengurus kehidupan di masa hadapan. Bila sudah berumah tangga, perlukan ilmu...barulah kukuh rumah tangga. Ilmu agama dan duniawi. Mengurus bajet keluarga, perlukan ilmu...Fikir-fikirkan...

Aku, alhamdulillah...semasa fasa remaja aku, aku tak kemaruk bercinta, aku cuma gemar bersendiri, dan cuba mencari apa yang aku mahu. Alhamdulillah, walaupun dah agak terlewat, kini aku berharap dapat menebus semula waktu yang telah aku bazirkan. Bila sahaja aku sudah berkemampuan, aku akan segera berkahwin dan menunaikan fardhu Haji, InsyaAllah...

0 comments:

Post a Comment