Friday, 25 January 2013

Kenapa Mereka Suka Memandang Rendah Terhadap Aku?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Hmm... Sebenarnya ini hanyalah luahan perasaan aku yang dah terasa macam direndah-rendahkan. Mungkin orang-orang terbabit tak bermaksud sedemikian. Aku mengaku yang memang aku seorang yang agak sensetif.



Mana aku nak mula ye? Aku memang dari kecil bertubuh kecil. Tetapi aku tak suka berfikiran seperti budak kecil. Aku ketika kecil, memang seperti kanak-kanak lain juga, ada masa bermain dan ada masa serius. Cuma disebabkan aku berbadan kecil, aku tak suka dikecil-kecilkan oleh orang lain. Semasa aku berusia 12 tahun, aku seboleh-bolehnya nak menayangkan kad pengenalan aku (photostat je) masa aku berada di kedai runcit. Aku tak suka digelar adik. Mungkin aku dah semai ego aku dari kecil lagi. Jadi, aku gunakan kelebihan aku semasa di sekolah rendah. Aku aktif dalam berbagai bidang SELAIN SUKAN. Aku memang bukan jenis orang yang bersukan. Nasyid, Caklempong, Boria, Koir, semua aku dah buat. Malah aku juga pernah berlakon semasa di sekolah rendah dahulu. Dan aku mendapat semua A dalam UPSR aku. Aku harap tak ada lagi orang nak memperkecilkan aku.

Sekolah menengah, aku masuk "Sekolah Budak Pandai" atau lebih dikenali sebagai SBP (Sekolah Berasrama Penuh). Aku terlibat mostly nasyid. Aku join nasyid bukan sebab aku baik, tapi sebab aku suka menyanyi. Aku join caklempong dan beberapa nyanyian solo. Aku pernah masuk satu pertandingan nyanyian peringkat negeri sembilan yang juga disertai oleh Suki OIAM. Aku berselisih dengan dia dan dia senyum padaku. Cheeewah!!! tapi itu memang benar-benar terjadi. Aku tak tipu. Mungkin dia hanya senyum kerana nak "being nice", tapi aku yang perasan lebih. pastu ada juga la aku buat lagu untuk pasukan nasyid sekolah. So, masa tu, still tak ada siapa-siapa yang nak memperkecilkan aku. PMR, aku dapat satu subjek je yang tak A, yang lain semua A. Malam tu aku menangis sebab tak dapat semua A. SPM? Aku dapat result yang boleh tahan. Yang paling aku bangga? mestilah add math, sebab aku dapat A1.

Masa kat Matrikulasi, aku dah mula jadi pemalas. Dan natijahnya? ramai dah tahu. So, kenapa aku mention semua ni? Sebab aku tak suka diperkecilkan. Setelah semua usaha yang aku buat, kenapa masih ada lagi yang nak memperkecilkan aku? Aku tak minta penghormatan, aku minta jangan diperkecilkan usaha aku. Macam-macam benda aku dah belajar, kenapa masih ada orang yang nak membodohkan aku? Mungkin ilmu yang terlebih itu orang anggap aku riak. Mungkin? Adakah sebab aku dah tua (bukan tua, berusia lebih dari mereka) aku diperbodohkan? Adakah sebab aku tak punya motor kereta aku diperkecilkan? Di negara-negara maju, ramai je yang tak ada kereta. Kat Jepun, kat KOREA YANG ORANG MINAT SANGAT TU, guna basikal dan pengangkutan awam je. Mungkin aku beralasan, memang aku tak sempurna. Tapi bila korang memperkecilkan aku, atau pijak kepala aku, aku rasa usaha aku selama ni sia-sia sahaja. Budak bilik aku (nak mention nama ke?) tanya aku kenapa aku susah-susah angkat dumbbell, dia kurus, rilek je, ramai je awek nak. Aku jawab kat dia, yang aku benci orang memperkecilkan aku, pijak kepala aku. Aku tahu, suara aku tak jantan, so, maybe satu hari nanti badan aku "jantan", orang dah tak perkecilkan aku lagi?

Sampai sini dulu luahan hati, aku harap lega la rasa bengang yang terbuku di hati ini. Jumpa lagi, wassalam.

0 comments:

Post a Comment