Thursday, 4 April 2013

Susahnya Nak Kekalkan Equilibrium Itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ni. Dah lama rasanya tak update, dek kerana kesibukan kerja dan assignment, projek dan sebagainya. Walaupun dah lama, tapi aku nak share jugak buat sesiapa yang belum tengok lagi video Majlis Dekan yang aku hadiri bulan lepas. Yang dah tengok tu kalau tak nak tengok dah, tak payah tengok la ye?


Kalau dilihatkan tajuk kat atas tu macam gempak je kan? Sebenarnya aku saja nak relate dengan benda yang aku belajar baru-baru ni dalam subjek Micro Economics. Jangan takut, aku bukan nak cerita sangat pun pasal micro tu. Aku hanya nak mengaitkan konsep "equilibrium" dalam kehidupan seharian kita.

Equilibrium state atau keadaan equilibrium ini dipelajari dalam dua bab yang berbeza, setakat ni la, lepas ni tak tahu la. Iaitu bab "Demand & Supply" dengan "Theory of Consumer Behaviour". Dalam bab "Demand & Supply", equilibrium state terjadi apabila kuantiti demand dan kuantiti supply sama. Dan harga pada equilibrium state itu akan dirujuk. Dalam "Theory of Consumer Behaviour" pula, equilibrium state terjadi apabila kombinasi unit produk-produk yang dibeli memenuhi income pengguna. Dengan syarat-syarat tertentu.

So, apa kena mengena dengan entri ini? Kaitannya ialah keadaan pada equilibrium adalah keadaan yang terbaik. Tiada "shortage" atau "surplus" pada "Demand & Supply", consumer akan achieve maximum satisfaction pada "Theory of Consumer Behaviour". Okey, sekarang aku kongsi pulak artikel yang aku jumpa dalam surat khabar dalam minggu ni juga.


Kat artikel tu ada tulis yang kajian mendapati dengan mengamalkan senaman jenis aerobik dapat meningkatkan paras IQ manusia. Pada minggu lepas, aku sibuk menyelesaikan projek "shortfilm" aku untuk BI sampai banyak benda aku abaikan. Time tu la member-member aku semua ajak aku keluar. So, aku tak dapat tunaikan. Tu tak apa lagi, makan aku pun tak terjaga, exercise pun dah tinggal. Solat pulak? lagilah... Semuanya di hujung waktu kecuali Maghrib dan Isyak.

Apa yang aku nak katakan sekarang ni, adalah kepentingan mengimbangkan keperluan semua aspek dalam hidup kita. Rohani, jasmani, dan kerja-kerja serta komitmen-komitmen kita. Sekarang aku sedang belajar, so komitmen aku ialah belajar. Pada masa yang sama, Islam adalah agama yang syumul. Menuntut ilmu adalah sangat dituntut dalam Islam. Wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah S.A.W adalah seruan untuk menuntut ilmu.

Semester ini adalah semester yang penuh ujian buat aku. Selepas mendapat pointer terbaik dapat aku bayangkan di semester lepas, aku dikelaskan dalam kelas yang semuanya mempunyai keputusan semester lepas yang baik. Jadi ada tekanan untuk mendapat keputusan yang sama atau lebih baik dari semester lepas. Tekanan itu baik, tapi bila tekanan itu menjadi negatif, ia menjadi tidak baik. Kalau pada masa semester lepas aku tak memikirkan sangat tentang keputusan, semester ini aku sangat ambil berat tentang keputusan. Kalau semester lepas aku belajar kerana Allah, semester ini aku belajar kerana nak dapat result yang terbaik. So, aku rasa aku dah lari dari tujuan asal aku untuk belajar. Aku bersyukur dengan semua result yang aku dah dapat setakat ini, tapi lepas ni aku akan belajar kerana cintakan ilmu dan kerana Allah. Biarlah Dia saja yang tentukan result apa yang terbaik untuk aku. Aku redha saja dengan ketentuan-Nya.

Benarlah yang kejayaan itu satu ujian. Sama-samalah kita renungkan dan bermuhasabah.

0 comments:

Post a Comment