Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Seperti yang dapat anda saksikan dalam video diatas, aku sedang menari lagu baru V6 - Rock Your Soul. Ketika video tersebut dirakam (pagi tadi), aku masih tak dapat nak tangkap kareografi untuk part verse, dan step yang dah dapat aku tangkap pun belum sempurna lagi, belum smooth. Tapi, ketika aku sedang menaip entri ini, aku sudah pun dapat menangkap kareografi keseluruhan lagu ini. Cumanya belum smooth saja lagi.
Untuk pengetahuan semua, aku minat menari pun start masa tahun 2007, masa aku kenal V6. Aku dah habis sekolah pun. So, kalau korang ada kenal cikgu-cikgu aku masa kat sekolah dulu (kecuali yang dah tengok video aku), mesti dia tak tahu yang aku suka menari. Masa aku kat sekolah dahulu, aku hanya menyanyi, berlakon, dan bermain caklempong. Semasa di sekolah menengah, aku hanya menyanyi dan menggubah lagu. So, masa kat sekolah Menengah dahulu, aku lebih sinonim dengan pasukan nasyid sekolah dan menyanyi lagu Jepun. Malah, aku pernah mendapat nickname dari lagu Jepun nyanyian aku, yang bertajuk, Sukiyaki. Aku digelar "SewaSewa". Sebenarnya bunyi yang betul ialah "Shiawase wa". Tapi takpe, maksudnya kebahagiaan. So, kalau aku dapat memberi kebahagiaan, it's fine with me.
Aku mula minat V6 masa first time aku tengok persembahan diorang kat Music Station. Sebenarnya aku tengok Music Station time tu nak tengok "Hirai Ken". Aku minat Hirai Ken sebab aku pernah buat persembahan nyanyi lagu dia. Pada masa yang sama, V6 pun ada buat persembahan lagu di bawah ini. Ini persembahan Music Station yang aku tengok tu.
Semenjak tu, aku minat menari. Malangnya, tak ramai yang tahu, kenal V6 tu kat Malaysia ni. So, aku minat sorang-sorang je la. Pastu, gelombang K-Pop melanda. Tak pasal-pasal aku kena cop mamat Korea. Aku memang tak minat Korea. Kalau korang tanya, panjang ceritanya. So, last sekali, aku tinggalkan korang dengan video tarian pertama aku. Lagu V6, yang bertajuk "OK". Aku amek video ni kat rumah sewa masa kat Parit Raja dulu. Mungkin beberapa hari lagi aku akan "shoot" tarian "Rock Your Soul" pulak. Tunggu...dan, wassalam...
0 comments:
Post a Comment