Layu Melayu #1: Pengenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Setelah beberapa kali berjanji, namun tak ditepati, akhirnya aku menaip juga entri pengenalan ini. Aku menangguh untuk menerbitkan entri ini kerana aku tak dapat mencari waktu yang sesuai untuk menerbitkannya. Aku kalau boleh nak publish entri ini pada waktu puncak, yakni waktu orang ramai online. Bila aku dapat online, aku kena keluar pula, sabtu malam ahad, aku celebrate anak buah aku punya birthday ke-2. Ahad malam isnin, teman mak aku pergi klinik pula, malam ini pula, tengok wayang dengan family pula. So, aku buat keputusan untuk menaip juga walaupun sudah lewat dan dah tak ramai orang online ketika ini. Tak apa, I'm willing to take the risk. Sebelum terlupa, aku dah tukar nama siri ini dari "Masalah Melayu" kepada "Layu Melayu" kerana ianya lebih catchy.
Kita mulakan dengan BismilLah, supaya tujuan aku untuk menulis siri ini tidak tersasar. Pernahkah anda menonton filem Zoolander yang diterbitkan pada tahun 2001 lakonan Ben Stiller? Filem tersebut memang tak direlease di Malaysia kerana jalan ceritanya adalah tentang pembunuhan Perdana Menteri Malaysia. Tapi bukan itu yang menjadi isu bagi aku. Aku dah pun menonton filem tersebut. Aku sangat berdukacita dengan persepsi hollywood terhadap Malaysia. Aku tak kisah dengan jalan ceritanya, aku cuma kesal dengan gambaran mereka tentang Malaysia, sebuah negara komunis dengan Perdana Menterinya seorang yang berbangsa cina! Aku bukan menjadi rasis, tapi memang sudah termaktub dalam perlembagaan, Perdana Menteri hendaklah seorang Melayu, tak kisahlah boneka atau tidak. Nama Malaysia itu sendiri datang dari perkataan "Melayu" itu sendiri.
Dan bila aku lihat sekeliling, aku lihat Melayu itu tak gah. Memang Hang Tuah ada berkata (tak tahu kesahihannya) "Takkan Melayu Hilang Di Dunia", tapi apa gunanya tak hilang bila kehadirannya tak dirasa. Aku rasa tergerak untuk membuat wake-up call untuk orang Melayu khususnya yang masih muda. Supaya bangsa Melayu ini akan relevan di masa hadapan. Aku tahu, ada pelajar Melayu yang menjadi pelajar terbaik di Universiti di luar negara, dan aku berbangga dengan mereka. Merekalah inspirasi aku untuk melangkah lebih jauh. Tapi berapa kerat sangatlah kalau nak dibandingkan dengan keseluruhan budak-budak melayu di Malaysia.
Aku berharap bila aku buat benda ni akan membakar semangat budak-budak Melayu yang tak nak mengejar cita-cita yang lebih besar dan tinggi. Mereka berasa cukup dengan mempunyai kerja, makan gaji pun tak apa. Ada kereta, motor dan rumah serta pasangan cukuplah. Anda silap, dunia ini luas, Allah ciptakan supaya kita explore lebih luas dan mengakui keagungan-Nya. Benar, dunia ini sementara, akhirat kekal selamanya. Tapi kita perlu menuai hasil duniawi kita untuk kelangsungan ummah. Kita perlukan taikun-taikun besar untuk memberi dana kepada agama. Ia adalah sebahagian jihad. Jangan berpandangan sempit. Bila dah ramai Melayu yang hebat, barulah kita akan diakui oleh bangsa-bangsa lain. Tak malukah kita bila kita disinonimkan dengan perkara-perkara negatif seperti malas, selalu nak disuap dan banyak lagi perkara negatif yang memang setakat ini tepat dengan sikap-sikap melayu. Biar nanti semua orang tahu Melayu itu bukanlah hanya jaguh kampung sahaja.
Aku dah bagitau kat atas tadi dan aku akan bagitau sekali lagi. Kenapa aku target budak-budak muda dan bukan orang-orang tua yang sibuk berpolitik dan gilakan kuasa? Biarlah mereka berebut kuasa, mereka tak lama. budak-budak muda ni lah yang akan memimpin negara ini nanti, merekalah yang bertenaga, menjaga negara dari sebarang jenis ancaman. Biar mereka bersedia dari awal, apa yang perlu mereka lakukan untuk masa hadapan.
Sebelum aku berundur, ingin aku tekankan di sini yang bukan siri rasis. Aku tak merendah-rendahkan mana-mana bangsa lain. Aku hargai usaha mereka dalam menaikkan nama Malaysia dalam pelbagai bidang. Cuma aku segan bila negara yang namanya diambil dari nama sebuah bangsa, bangsa itu bagai mengemis di bumi sendiri. Fikir-fikirkanlah...
Aku pamit dulu,
Wassalam...
#0: Undang-Undang Membaca Siri Ini
0 comments:
Post a Comment