Monday, 25 February 2013

Bila Sebut Pasal Politik...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Aku tengah gembira giler ni, Alhamdulillah, MARA aku dah settle, penyakit aku pun makin beransur pulih. Lebih seminggu aku menahan kesakitan pergi ke kelas, rasa nak pitam pun ada sebenarnya. Tapi yang penting aku dah beransur pulih.



Jadi aku ada "mood" nak menulislah ni. Ada dua orang ini, berselisih faham bila aku terangkan tentang isu Nik Aziz menyamakan rakyat yang mengambil BR1M itu sebagai haiwan. Aku menerangkan bahawa aku telah pun menonton video ucapan Nik Aziz tu. Dan aku juga memberitahu pendapat aku yang Nik Aziz tak bermaksud menyamakan rakyat dengan haiwan, apa yang dimaksudkan beliau adalah kerajaan tidak seharusnya menggunakan BR1M itu untuk memancing undi. Itu cara jahiliah, bukan cara Islam. Islam memberi ilmu sebagimana dalam wahyu yang pertama iaitu seruan untuk mendapat ilmu. Haiwan-haiwan yang digunakan seperti ayam dan lembu itu adalah ANALOGI untuk memberi idea tentang apa yang dilakukan kerajaan. Di bawah nanti aku beri satu contoh analogi untuk korang fikirkan.

Yang nak dijadikan isu dalam entri ini adalah bagaimana kita menguruskan perbezaan pendapat. Bila aku berkata sedemikian, pihak yang tidak berpihak kepada kerajaan, berasa seronok yang hujah aku menyebelahi dia. Ia sekaligus merendahkan-rendahkan pihak yang satu lagi. Ini tidak bagus dan tidak sihat. Sepertimana yang anda semua tahu, atau mungkin anda tidak tahu, cabang politik ada dalam syariat Islam. Ya, kerana Islam itu syumul yakni menyeluruh. Oleh itu, sepatutnya politik itu suci dan bersih bukan? Tapi sekarang yang mengotorkannya adalah manusia. Manusialah yang mengotorkannya dengan fitnah, penipuan, rasuah dan menurut sinar harian hari ini, ada yang sanggup menggunakan bomoh untuk menang pilihanraya. Maka, kotorlah politik. Sampai orang pun naik muak dengannya.

Tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini. Begitu juga dengan tampuk pemerintahan. Manifesto yang dibentang semasa kempen pilihanraya sepatutnya dijadikan "check list" untuk kerajaan yang diberi mandat agar dapat memenuhinya atau tidak. Bagi aku la, kalau ada yang tak dapat memenuhi manifesto, ia tak melanggar undang-undang(kalau salah, betulkan). Seperti yang aku cakap, ia hanyalah "guideline" atau "check list". Sekiranya kerajaan tersebut gagal memenuhi manifesto tersebut, undi sahaja yang lain di PRU seterusnya. Politik sepatutnya menjadi medan untuk memperagakan kewibawaan pimpinan dan manifesto adalah sebagai kayu aras untuk rakyat memilih. Seperti di pasaraya, kita nak beli nescafe ke ali cafe.(ANALOGI 1) Mereka tak sepatutnya menggunakan isu-isu untuk merendah-rendahkan pihak lawan. Samada benar apatah lagi fitnah. Contoh yang lain, untuk kita membuat pinjaman perniagaan dari bank, kita perlu bentangkan "business plan" kan? Kalau salah, betulkan.(ANALOGI 2)

Okey, sekarang aku nak kupas dua analogi di atas. Analogi pertama, adakah aku menyamakan nescafe dan ali cafe sebagai calon pilihanraya? pastinya bukan. Analogi kedua. Adakah aku menyamakan pihak bank dengan rakyat? Sama sekali bukan. Adakah aku menyamakan "business plan" dengan manifesto? Jauh sekali. Apa yang aku lakukan hanyalah analogi. Untuk kita nampak dengan lebih jelas.

Sampai di sini sahaja, dah panjang kebar aku menulis, karang penat pulak korang baca. Aku stop dulu.

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment