Lama sangat dah rasanya tak update blog ni, hampir 7 bulan dah. Bila difikir-fikirkan ini kali pertama dalam semester ni aku update blog, mana-mana blog. Senang cerita dah lama tak menulis. Bukan nak beralasan, tapi mungkin sebabnya adalah kerana ini adalah semester terakhir sebagai pelajar di Kolej Poly-Tech MARA Bangi ni. Nak aku cerita kisah sedih, tunggu next post. Kali ni aku nak cerita pasal apa yang berlaku di hujung-hujung semester ni.
Sebelum aku mula, aku nak ingatkan korang semua yang aku dulu pernah amek degree kat UTHM, aku give up di SEMESTER AKHIR. Tu sebabnya aku rasa traumatized dengan semester akhir ni. Memang tak dapat dinafikan tekanan di semester akhir ni. Beban assignment yang sangat banyak dan sebagainya. Untuk "klimaks"semester ni adalah untuk menyediakan "business plan". Dengan assignment subjek lain, test dan sebagainya, ia adalah bebanan yang berat sebenarnya. Kalau aku nak ambil jalan mudah aku boleh sahaja berhenti. Tapi cukuplah aku kecewakan mak bapak aku. Cukuplah aku tengok air mata mak aku masa aku give up UTHM dulu. Lagipun kalau aku tak tempuh cabaran ni, aku pasti akan dicabar lagi oleh sesuatu yang bernama "kehidupan". Jadi, lebih baik aku tempuh saja ujian-ujian yang mendatang ni. Sukses atau tidak, itu sebenarnya perkara kedua.
Nak dijadikan cerita, selang dua malam sebelum final presentation, kami satu group bertiga (aku, Din dan Intan) pergi ke uptown Reko di Kajang. Kereta milik ahli group (aka Intan) diparkir di sebelah pasaraya Econsave di bawah pokok nan gelap. Kami pun dengan gembira pergi mendapatkan baju untuk dibawa di presentation business plan nanti. Kami dapat baju, berharga RM 10, saya pun beli Nasi Kandar Apollo yang saiz besar (aku lapar giler time tu) yang akhirnya berjaya makan separuh sahaja. Itu pun dengan bantuan perut Intan. Din menolak untuk membantu ketika itu Selesai makan dan dengar brader "busking" lagu Akim - Mewangi, kami berfikir untuk kembali ke tempat diskusi bersama group yang lain.
Dengan perasaan gembira kerana misi terlaksana, aku pun masuk kereta dengan senyuman. Tak semena-mena, Din dengan nada cemas memberitahu bahawa kereta Intan kena pecah. Tingkap belakang sebelah kiri belakang dipecah. Beg aku dan Din kena kebas. Kedua-dua laptop aku dan Din dalam beg masing-masing. Din bukan setakat beg dan laptop, malah clutch bag dia pun ada dalam beg tersebut. Yang selamat, laptop Intan. Laptop yang paling tak best dalam group kitorang. Habislah semua kerja-kerja dan nota-nota subjek entrepreneur dalam beg tersebut. Dalam clutch bag Din ada IC dan sebagainya. Dalam beg aku ada laptop aku, buku-buku dan nota-nota entrepreneur, power bank, kabel original oneplus aku, dan external hard disk aku. Aku walaupun bukan orang senang, tapi aku dididik bukan dengan cara materialistik. Kalau kebanyakan parents mengamuk kalau barang kea curi atau hilang, parents aku akan tanya keselamatan dulu, duit boleh dicari, benda boleh dibeli, nyawa? boleh ke diganti? makanya aku taklah kecewa sebab laptop aku baru beli masa semester 2 atau 3 (tak ingat) kat KPTM tu hilang, yang aku kecewa adalah berapa banyak data aku yang dah hilang. Kerja-kerja aku di KPTM aku SIMPAN SEMUA DARI SEMESTER SATU SAMPAI SEKARANG, semua hilang, gambar-gambar, SANGAT BANYAK. Gambar-gambar percutian aku, gambar-gambar anak buah aku, SEMUA HILANG. Yang paling aku sedih, SEMUA LAGU-LAGU AKU HILANG. TERMASUK SEMUA LAGU-LAGU V6 DALAM EXTERAL AKU!!! Susah tau tak nak dapat lagu-lagu lama V6 tu, dah rare dah. Link download kat internet pun banyak dah expired. Sangat banyak lagu dalam external tu, concert V6 yang latest pun dalam tu, Video-video wrestling, lagu-lagu wrestling, semua hilang. Raw data aku masa buat projek-projek video pun dalam tu. Dan, kad Student ID aku pun hilang dalam beg tu. Ada duit RM 2 lama, aku simpan buat kenang-kenangan dalam beg tu, alatulis yang dah banyak berjasa kat aku dalam beg tu. Kalkulator yang aku pakai dari zaman sekolah pun dalam beg tu, mana aku tak sedih? banyak nilai sentimental dalam beg tu. Beg tu pun hadiah bapak aku. Kalau boleh la, kalau la pencuri tu baca blog ni, aku just nak data aku balik je at least. Ambil la laptop aku dan sebagainya. Satu lagi aku nak kabel oneplus aku, rare tu... Untuk pengetahuan semua, kami semua sudah pun mencabut bateri laptop kami. Salah satu hipotesis adalah pencuri mengesan stiker kereta student yang mana secara logiknya akan membawa laptop untuk membuat kerja dan assignment.
Selepas kejadian, aku pun berfikir. Kenapa semuanya terjadi di saat-saat begini? Kenapa di semester akhir ini banyak betul ujian yang menguji kekuatan mental aku. Adakah ini hikmah seandainya ada perkara baik akan terjadi selepas ini? Atau mungkin ini kifarah yang menyedarkan aku betapa aku telah melakukan banyak dosa kebelakangan ini? Aku pun tak tahu. Kalau nak tahu, sebelum kejadian, aku telah pun hilang suara, demam dan sebagainya. Aku pun semester ni ada buat taik dengan lecturer, yang mana sekarang dah okey harap-harapnya. Mungkin inilah kifarah terhadap perlakuan-perlakuan buruk aku. Atau mungkin aku berharap inilah hikmah ujian yang mana nanti aku akan dikurnia rezeki yang besar, atau jodoh ke? hahahahaha.... ha... sebab tu la kena ujian, asyik menggatal je, hahahaha...
Benda dah jadi, business plan pun dah present, cuma pening nak mem-balance-kan balance sheet tu, sakit kepala! JDT pun dah kalah, so, all ends well... hopefully. Lagipun, dengan ujian ni la, bila aku grad (buat kali pertama) nanti, ada benda yang boleh diceritakan. kiranya ada benda yang berjaya diperjuangkan. Pre-farewell entry nanti aku nak cerita kemudian la ek, simpan dulu sedih-sedih semua tu...
p/s: semua gambar Dean's List night hari tu dalam external, mujur Graduation Night punya gambar tak copy lagi, ada dalam phone lagi.
Kereta mangsa yang dipecah

0 comments:
Post a Comment