Baru-baru ni ada keluar di ruang-ruang koran bahawa menteri belia dan sukan ada mengusulkan pembelajaran politik seawal sekolah. Aku pun tak ingat sangat sebab aku baca sekali imbas saja. Tapi yang pasti pembabitan warga yang lebih muda untuk terlibat dalam politik. Sejujurnya aku setuju. Tapi aku takut ia disalahgunakan oleh pihak kerajaan. Lihat sahaja kursus Biro Tata Negara (aku dah pernah pergi), ianya berbaur politik berat sebelah. Jadi aku setuju pembabitan warga yang lebih muda dalam politik, tetapi pelaksanaannya haruslah bebas dari sebarang pengaruh parti politik, TERMASUKLAH PIHAK KERAJAAN! silibus yang digunakan haruslah bebas dari memburuk-burukkan mana-mana pihak.
Budak-budak muda sekarang ni ada yang kurang gemar "ambik pot" dalam politik. Aku tahu apa sebabnya. Sebabnya adalah taktik-taktik keji yang dilakukan oleh para penyokong. Fitnah bersepah-sepah. Tengok sahaja dalam akhbar, tahun lepas dikatakan Mat Sabu komunis, tahun ni dikatakan pula Syiah, ianya dua ideologi yang sangat berbeza! Senyap cerita Mat Sabu, sekarang dikatakan perhimpunan malam ini untuk guling kerajaan? Anda nilailah sendiri kotornya politik kita. Lepas itu, kedua-dua belah pihak pula berhujah menggunakan point-point fitnah tersebut dan menggunakan teknik provokasi dengan menggelar berbagai-bagai gelaran seperti DAPig, Umngok dan sebagainya.
Politik ini sebenarnya penting. Kerana politik adalah penentu pentadbiran sesebuah organisasi sehinggalah kepada sebuah kerajaan. Dari pemilihan ketua darjah hinggalah ketua negara. Ianya adalah politik. Oleh kerana itu, dengan adanya "proper education" kita akan menjadi satu bangsa yang lebih matang berpolitik, berhemah dan dihormati. Aku akan senaraikan beberapa perkara atau kaedah yang sebenar yang perlu anda lakukan untuk menjadikan minda anda kelas pertama.
- Rakyat yang mengundi ada hak untuk mengetahui ideologi semua parti / kesatuan yang ada di Malaysia.
- Dengan mengetahui ideologi parti-parti yang bertanding, rakyat dapat memilih parti mana yang sesuai dengan kehendak individu terbabit.
- Rakyat boleh berdebat secara sihat di mana-mana ruang; di public atau di social media.
- Rakyat perlu lebih hemah berdebat tanpa menggunakan unsur provokasi atau menggelar mana-mana pihak atas dasar menghormati hak perbezaan pendapat.
- Rakyat harus tahu batas-batas sensitiviti di negara yang berbilang kaum dan agama ini.
- Sebarang kenyataan tidak boleh diubahsuai, dipotong atau diedit.
Aku tak sambut pun sambutan tahun baru ini. Sebab ini ikut kalendar masihi. Aku tak larang pun korang sambut. Cuma aku berpendapat yang kalau Islam pegang ekonomi dunia, kita masih akan ikut takwim masihi kah?
0 comments:
Post a Comment