Monday, 1 February 2021

Pergh, terus skip 2020 ye? Dah 2021 dah pun. Ok, jom recap 2019 - 2020.

 Assalamualaikum,

Wow. Beria ye, hari tu preparing la bagai, hahaha... sudahnya tak buat pape langsung pun, hangat-hangat tahi ayam je. Aku malas la nak delete post tu, biar jadikan pengajaran dan menunjukkan betapa aku ni hangat-hangat tahi ayam, 😂😂😂. So, kenapa tiba-tiba aku nak post blog pulak ni? Bukan ke kat post "preparing" tu aku cakap sekarang takde siapa pun baca blog?

Ok, sebenarnya aku baru je post lagu baru aku kat youtube. Bertajuk "Satu Tahun", ha siapa-siapa yang "accidentally" jumpa tulisan aku ni, (camne korang bole sesat kat sini ek?) korang bole la usha-usha lagu baru aku tu. Lagu buat sendiri tu tau? Tapi memang diakui la, memang music dia bland dan boring la, sebab aku mana tau main instrument sangat. Takat strum gitar tu je la aku mampu buat, hahaha... Nak upah orang buat music arrangement memang tak mampu la kan...


So, lagu tu pasal tahun 2019 aku la. Kalau korang ingat lagi, post aku masa 1 Januari 2019, aku bebel macam-macam pasal masa depan aku la, macam-macam la. Ironinya, lagu tu pasal aku dapat bertemu cinta pada 2019. Aku totally lupa pasal blog ni pun. Actually, banyak tau yang berlaku tahun 2020 tu. Tahun 2019 pun macam-macam berlaku. So, spoiler alert!!! Post ni agak panjang.

2019

Sebenarnya, kat lagu aku tu dah aku cerita serba sedikit pasal tahun 2019 tu. Cuma ada la cerita bukan cerita cinta yang aku tak story kat lagu tu. Salah satunya, aku dapat permanent position kat tempat kerja aku tu. So, Alhamdulillah... yang lain-lain mostly ada dalam lagu tu, termasuk la yang aku beli PS4 tu, hahaha... 

Perkara besar pertama yang berlaku adalah aku dapat permanent position pada tahun 2019

Cuma kat lagu tu aku tak story yang aku buat "renovation" bilik aku. Sebab tahun 2018 camtu, rumah parent aku renovate, so bilik belakang tu dah dialih dan berwajah baru la. Pastu, sepatutnya adik aku nak kahwin, sebab hujung tahun 2019 tu adik aku bertunang dah. So aku memang dapat rasakan yang bilik belakang tu aku punya la kan? Tapi cadangan aku untuk letak satu je katil bujang ditolak mak aku, so aku beli la katil bujang, tapi bole pull out dari bawah katil, lagi satu katil bujang. So ada 2 katil bujang la ni, bukan katil double decker. Tapi sampai adik aku dah kahwin, dah tak duduk sini pun, tak pernah pun tidur bilik belakang tu. Sabar je la. Sebelum dia kahwin, dia masuk bilik untuk bersiap-siap je. So, berbalik pada cerita tadi, PS4 yang aku beli tu, salah satu benda yang aku beli la untuk "renovation" bilik aku, supaya aku tak kuar bilik selalu, hahaha... anak tak boleh pakai betul... So, bilik tu aku beli meja, katil, TV, PS4 dan rak TV. Tu semua pakai duit sendiri la, duit gaji terkumpul. Kecuali katil, mak aku bayar sikit, sebab nak berkompromi untuk tak beli satu katil single je. Pastu mak aku sponsor almari. Sebenarnya, plan aku nak beli murah je, tapi dah mak aku sponsor, aku tak tolak la.

Perkara besar kedua yang berlaku adalah aku beli barang-barang "renovation" bilik dan PS4 pada tahun 2019

Sebenarnya aku nak buat video reaction lagu aku tu sebenarnya, sebab ada beberapa perkara aku nak explain lagi, tapi aku tak nak buat sorang-sorang. Aku nak buat video reaction aku tu dengan kekasih hati la. Tapi tak tau la bila dapat buatnya, entah-entah, dah kahwin nanti baru dapat buat video tu kot, hahaha...

Perkara besar ketiga yang berlaku adalah aku dapat buah hati pengerang jantung pada tahun 2019

2020

Ok, sekarang dah settle cerita tahun 2019, kita nak cerita tahun 2020 pulak. Sepertimana yang diketahui umum, tahun 2020 adalah tahun yang sangat tak best. Serius tak best. Pandemik yang melanda menyebabkan aku tak dapat bergerak ke sana, ke sini. Even seorang loner macam aku pun aku nak keluar tengok wayang walaupun sorang-sorang. Aku suka tengok wayang kat pawagam. Dah la baru je beberapa bulan dapat buah hati. Berdekad-dekad asyik sorang-sorang je. Kali ni dah dapat, tak dapat nak keluar pulak. Sabar je la ujian. Tapi memang aku rindu sangat-sangat nak tengok wayang kat pawagam. Pastu, musim lockdown ni, bulan puasa, aku la yang jadi imam solat terawih. Walaupun ada la sekali dua mengelat, pergi tidur sebelum terawih. Jahat betul, astaghfirullah... Ok, dah mention the elephant in the room. Now, apa yang terjadi tahun ni ye? Ok, first of all, aku bersyukur walaupun di masa pandemik ni, aku masih ada kerja dan gaji yang masih berjalan seperti biasa. Sebelum lockdown pada bulan 3, aku berjaya apply Rumah SelangorKu, dan ditawarkan rumah.

Tengok tarikh aku apply tu, romantik kan?

Pastu sebelum aku nak deal dengan developer, lockdown berlaku. So tertunda. Lepas tu, dalam bulan 8 akhirnya dapat set tarikh dgn developer, bank dengan legal so dapatlah settle semua urusan rumah dalam bulan Ogos 2020. So, perkara besar pertama yang berlaku adalah aku berjaya beli rumah pada tahun 2020. Aku beli cepat-cepat sebab aku nak beli rumah paling murah dalam skim Rumah SelangorKu tu. Rumah jenis A yang paling murah syaratnya gaji kena bawah RM3,000. Tu yang cepat-cepat apply tu. Tapi rumah tu siap tahun 2023. Setiap bulan developer akan hantar email progress rumah tu macam bawah ni.



Perkara besar pertama yang berlaku adalah aku berjaya beli rumah pada tahun 2020

Ok, perkara besar kedua yang kedua adalah perkara yang aku tak pernah sangka aku akan beli pun. Sebab aku tak rasa pun benda tu keperluan. Ianya adalah kereta. Mulanya memang aku tak rasa perlu pun, tapi sekali-sekala bila perlu ke tempat yang susah nak sampai dengan public transport, atau lambat kalau naik public transport, memang akan menyewa kereta. Mula-mula nak guna kereta sewa sebulan sekali je, so perbelanjaan kereta sebulan seratus lebih je. Tapi bila fikir nak kahwin ni, nak settle urusan-urusan kahwin, kena ke sana, ke sini, nak beli banyak barang-barang, memang kereta jadi satu keperluan. Aku tak rasa perlu nak beli kereta kalau aku single lagi, tapi sebab dah nak kahwin kena la beli kereta. Aku pun minta tolong tong-tong bayar sama-sama dengan pasangan, sebab sama-sama perlu guna kereta tu, so kurang la sikit beban bayar kereta tu. Aku memilih kereta sedan paling murah iaitu Proton Saga. Paling murah Axia la, tapi nanti nak kahwin, nak beli tu beli ni, better cari kereta yang ada bonet besar lagi la. Bezza, pesaing dia, harga mahal lak, walaupun jimat minyak. Sebab fikir bukan selalu bawak, tak guna sangat minyak, so aku pilih la Saga. Dan, aku beli kereta ni memang almost macam impulse buying. Sebab aku berkira-kira nak beli kereta awal bulan, pastu kena racun dengan member banker yang handle loan kereta (kalau nak loan kereta, roger dia) kata nanti 2021, tax examption dah takde. Pastu decide nak amek kereta tengah bulan. Pastu dapat kereta bawah ni, hujung bulan, 28 Disember 2020. 👍


Perkara besar kedua yang berlaku adalah aku berjaya beli kereta pada tahun 2020

Sign out,

 Iqbal Nasir

Saturday, 9 March 2019

Preparing

It's kinda good people have moved away from reading blogs, and move on to microblogging, and instagram. Because I'm preparing.

Tuesday, 1 January 2019

Hello 2019, Tahun ni, I'm turning 30! Jodoh? Azam? Impian?


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ok, dah recap 2018 dah, kalau belum baca, ada kat sini. Sekarang nak cakap pasal 2019 pula. Ya, dengan keluhan berat, tahun 2019 adalah tahun aku akan berusia 30 tahun, inilah dekad ketiga aku hidup. Macam tak percaya. Di kala orang-orang sebaya aku sudah pun membina rumahtangga dan berkeluarga, aku baru nak belajar menjadi dewasa. Rujuk entri sebelum ini.



Sejujurnya aku macam nak masa berhenti, biar aku kejar semula apa yang telah jauh aku ketinggalan. Tapi aku kenalah realistik, masa tak akan berhenti. Tapi pada masa yang sama, masa adalah suatu yang relatif. Aku sebenarnya dah penat. Aku tau ni semua salah aku, kalau aku tak messed up masa matrikulasi dan 1st degree aku, aku tak jadi macam ni. Rakan-rakan sekelas semua masih bertenaga, bersemangat nak memulakan hidup, aku pula dah banyak masa terbuang, masa yang sepatutnya aku bertenaga dan bersemangat dah pun dibazirkan, sekarang aku dah penat, nak buat perkara yang sepatutnya aku buat 7-8 tahun yang lalu.

Sejujurnya aku macam nak masa berhenti, biar aku kejar semula apa yang telah jauh aku ketinggalan

Aku taklah bermaksud aku dah give up on life, cuma aku penat. Nak bina kerjaya, bina kehidupan, ianya memenatkan. Jodoh. Ya, jodoh. Aku tahu, di tempat aku bekerja sekarang, ramai je yang lebih tua dari aku masih belum berkahwin. Tapi, yang rapat-rapat dengan aku (aku tak ramai kenalan yang rapat, maksud aku yang aku kenal dan bukan atas dasar professionalism sahaja la) mostly dah kahwin, dah berkeluarga, dan sebagainya. Aku ni nak sara hidup sendiri pun cukup-cukup makan je (ok, aku still ada disposable income for entertainment), selain dari tu, aku tak ada aset (atau liabiliti?) lain lagi (selain motor baru di entri sebelum ni). Aku rumah tak ada, masih duduk dengan parent, layak ke aku nak fikir tentang jodoh? Naluri aku memang nak merasa menyintai dan dicintai (Apasal macam lirik lagu Inteam ni?), tapi kekangan-kekangan yang ada ni membuatkan aku menahan rasa ini. Sebenarnya aku keluarkan ayat suicide weekend yang lepas bila aku try baju baru aku beli, aku cakap "Ni nak bawa pergi dating pun ok ni,", lepas tu mak aku pun luahkanlah concern dia suruh aku cari girlfriend, HAHAHAHA... salah sendiri, no comment.

Aku ada orang-orang yang aku minat, tapi kalau kalian yang membaca ini kenal aku melalui twitter atau instagram, mesti kalian tau aku tak pernah confess. Aku takut nak confess. Dan sejujurnya, aku still tak pernah berniat nak confess bila-bila masa pun. Aku pernah bercinta dulu pun sebab orang tu confess kat aku. So, my policy now is:

Siapa yang confess kat aku, akan ada kemungkinan aku akan terima

Sebab aku tahu, yang aku minat tu aku tak akan confess. Jadi aku akan reward orang-orang yang berani confess kat aku, sebab lebih berani dari aku. Dan, aku dah berserah dah pun. Siapa pun aku end up with, even dia tu someone yang aku minat atau tidak, kalau dialah orangnya, aku akan bagi yang terbaik untuknya. Kita takkan dapat yang sempurna, even kita pun tak sempurna. Kita tak sentiasa dapat apa yang kita nak, sebab apa yang kita dapat tu, barangkali lebih baik dari apa yang kita nak. Dan aku berterima kasih atas perhatian dan perasaan yang dia curahkan kat aku, itupun cukup membuatkan aku gembira. Kahwin? Duit tak ada bosskur...

Azam? Hmm... aku biasanya tak berazam, sebab tu la kot hidup aku tak kemana, hahaha... aku tak ada azam, cuma aku ada Impian je, impian yang dah tertunda tahun demi tahun, dekad demi dekad. Tengoklah, dapat tak aku realisasikan impian aku di dekad ini?

Jumpa lagi,
Ini Iqbal Nasir.

Selamat Jalan 2018; Jom Recap 2018.



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

2018 sudah pun berlalu, "terasa sekejap je setahun berlalu", itulah ungkapan yang sering diungkap orang ramai bila masuknya tahun baru. Tapi bagi aku, tahun 2018 lain dari yang lain. Sebab aku tak rasa sekejap sangat masa setahun tu berlalu. Barangkali sebab banyak sangat perkara yang berlaku pada aku tahun ini. Betul. Aku rasa tahun 2018 ni bagi aku tahun transisi bagi aku. Aku nak ajak korang review tahun 2018 boleh? jom.

Sunday, 23 December 2018

WWE's New Era. Again? Is Rating Important?


Picture taken from wwe.com

Last week, Vince McMahon came down to RAW to address things regarding WWE. Before that, I believe there are lot of fans that is satisfied with the previous night Pay-Per-View (PPV), TLC. For the first time since I don't know when (I don't keep track), SmackDown main evented a PPV. Not just that, the main event was for the SmackDown Women Championship. And the match was damn good. Something is going on...

Next day, Vince and family went down to the ring and address the future and direction of the products they provide. They dubbed it a "New Era". I'm not sure but I thought they've dubbed that a few years ago? But again, I'm hopeful but I'm still a little bit skeptical with this promise. 1st thing is of course taking the title away from Brock Lesnar and never let him come close again. They also said there will be more fresh matches and new faces. The next day on SmackDown Live, Mustafa Ali was announced as a permanent roster of SmackDown Live. I'm so happy for him.

Seth Rollins on RAW has openly address the rating of RAW the past weeks, and last week, Stephanie once again address that the products was bad and promise to fix that.

At first, WWE kinda don't want to acknowledge the rating drop, but after record lowest rating to another in such a short period of time, they finally acknowledge them. Is rating important? In this day and age, people way of watching TV has evolved as now they don't usually watch live, they watch it 'On-Demand' such as at Hulu. The medium of consumption has changed. People also watched the highlights on Youtube and it hurts the rating. People just don't want to invest their time on a long boring dragged show.

At the end of the day, rating still has their importance, at least for the platform provider. USA Network surely want a product that can get a good rating so they can put advertisement in it. WWE also need the platform so they can persuade people to subscribe to their WWE Network.

Next, about the brand split. Since Shane McMahon was also in the ring on RAW, the overall operation will be centralized, I guess. But I still hope the brand split is still the thing. Logically, I thing the brands (RAW and SmackDown) need to be separated. We know that next year, SmackDown will move to Fox and Fox reportedly want SmackDown to be treated as a flagship show and have a different approach than RAW. It's good to have separate show with different set of roster and different approach, when a wrestler drafted to another show, it will be a completely different environment for them and for us to see.

For now, we can only wait and see what is WWE next move.

Happy new year in advance everybody! Let's hope for a great wrestling year next one.

Thursday, 19 March 2015

Nak Improve Bahasa Inggeris ke?

Semalam aku pergi Setia City Mall lepas waktu pejabat dengan harapan nak support member la, dengan niat membeli majalah terbitan ACE Premier. Izzah kan LI (Latihan Industri) kat situ. Setibanya di MPH, cari punya cari, tak jumpa-jumpa majalah tu. Tanya Izzah, memang confirm dia tak tahu punya, dia bukan tauke pun kat situ. Last-last beli majalah "OIC Today" je. Ok, ceritanya masa whatsapp Izzah tu, dia suruh aku suggest buku English apa yang best. Aku memang tak dapat nak jawab.

Sebab yang pertama, citarasa yang berbeza. Nanti aku suggest buku biografi wrestler karang memang tak la dia nak membacanya. Tapi kalau aku, memang aku bole baca. Kalau tanya orang lain, mungkin dia akan suggest novel. Aku memang dah lama tak baca novel, baik bahasa Melayu mahupun bahasa Inggeris. Aku semasa zaman persekolahan dahulu memang peminat tegar novel-novel Ramlee Awang Murshid. Sekarang tak tahu kenapa aku dah kurang minat baca buku fiksyen ni.

Kalau niat Izzah tu nak improve bahasa Inggeris dia, baca apa-apa pun boleh. Yang PALING PENTING kena minat. Cari apa minat kita, pastu carilah bahan bacaan tentang topik tersebut dalam bahasa Inggeris. Bila kita baca benda yang kita minat, barulah seronok nak membaca. Aku kalau nak cari buku-buku bacaan sekarang, berminat nak cari buku biografi je. Steve Job ke, Tony Fernandez ke, Alex Ferguson ke, Suarez ke, Arsene Wenger ke, ok, korang dah paham kan? Tapi kadang-kadang buku-buku tu mahal. Nak jimat? Inilah gunanya social media. Follow je akaun-akaun twitter atau facebook atau kesemuanya sekali yang berkaitan dengan bidang yang kita minat. Kalau aku contohnya, aku follow Harvard Biz Review, Times, Wall Street Journal, BBC, Sky untuk membaca berita. Walaupun kadang-kadang ada artikel yang kalau nak baca kena bayar, tapi still ada artikel yang free. Kita nak tambahkan vocabulary kan? Lagi satu aku minat gadget, so aku akan follow Lowyat & Soya Cincau untuk perkembangan gadget tempatan (tapi dua-dua ni dalam bahasa Inggeris), kalau untuk bahasa Inggeris, aku follow Engadget, The Verge dan Android Authority. Lagi cantek kalau dapat subscribe youtube channel diorang sebab disamping korang dapat ilmu, korang dapat meningkatkan perbendaharaan perkataan bahasa Inggeris korang. Mudah kan? free pulak tu.

Sebenarnya bahasa apa korang ambil pun, camtu jugak proses pembiasaannya. Kena rajin la. Satu lagi, beli New Straits Time instead The Star. Bukan nak buruk-burukkan apa-apa, tapi vocabulary dalam NST lebih luas daripada The Star. Majalah pun ok jugak kalau nak beli. Tapi biasanya majalah import ni harganya mahal. "OIC Today" yang aku beli semalam yang dicetak di Malaysia pun RM15.90, Kalau beli majalah Times lagi mahal.

Pucuk pangkalnya, banyakkan membaca kalau nak improve vocabulary dalam apa-apa bahasa sekalipun yang kita belajar. Kalau aku boleh baca tulisan Kanji, dah lama aku baca artikel bahasa Jepun tau, aku acah-acah je follow twitter Huffington Post Japan tu, sepatah apa pun aku tak paham. Yang penting kena minat dulu, kalau paksa bukan tak boleh, tapi tak seronok la...


Monday, 16 March 2015

Pasca Majlis Anugerah Dekan; Envy and Jealousy

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Itupun kalau masih ada yang sudi singgah ke blog ini. Semalam berlangsung Majlis Anugerah Dekan di Dewan Sri Endon (ye kot, tak ingat nama tempat) Putrajaya. Tempat dimana berlangsungnya majlis yang sama semasa semester satu. Tapi "buat julung-julung kalinya" majlis berlangsung pada waktu siang. Dan buat "julung-julung kalinya" majlis diadakan secara bufet. Sepupu saya juga buat pertama kali termasuk dalam yang diraikan. Namun sayangnya dia tidak merasai makan berhidang lagi. Mungkin majlis selepas ini akan makan berhidang lagi.

Mula-mula biar saya ceritakan kekurangan majlis itu dari perspektif saya. Saya tidak pernah menganjurkan majlis-majlis sedemikian. Jadi sebenarnya saya tak berhak untuk bersungut berlebih-lebih. Cuma harapnya organiser akan dapat meningkatkan mutu majlis, sebab kita nak MERAIKAN KECEMERLANGAN, jangan buat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Poin pertama adalah waktu majlis. Majlis diadakan pada waktu siang menyulitkan pelajar-pelajar semester 6 khususnya yang sedang menjalani latihan industri. Secara peribadi, saya tak mengapa sebab tempat saya tak banyak kerja. Tapi ada pelajar yang lain tak dapat datang sebab sibuk. Kedua adalah sistem bufet. Perkara ini saya rasa ramai bekas penganjur juga bersetuju sebab saya pasang-pasang telinga masa mereka condemn majlis tersebut. Dengan menggunakan sistem bufet, ianya mengambil masa dan membazir masa majlis untuk menunggu pelajar beratur untuk mengambil makanan. Dan yang ketiga, flow majlis. Ini adalah kekecewaan saya yang terbesar. Semasa saya naik ke pentas buat kali kedua untuk pelajar yang mendapat GPA 4.00, susunannya bercelaru, susun semula terpaksa dilakukan diatas pentas. Dan yang paling mengecewakan saya? Trofi anugerah tersebut tidak cukup, dan malang buat saya yang menjadi nama-nama terakhir terpaksa memulangkan trofi tersebut. Tanpa bertanyakan saya semester berapa, mahupun nama saya, mereka menjanjikan akan buat baru. Sejujurnya saya tak berharap pun. Sebenarnya bila saya mendengar rungutan dari bekas penganjur, saya dah pun meletakkan harapan yang tinggi untuk Dean's List yang terakhir ini.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua yang diraikan. Juga kepada pelajar paling femes semalam, Afifa. Femes betul dia semua orang nak amek gambar dengan dia. Aku dah amek gambar dengan dia kat atas pentas dulu dah semalam, korang hado? hahaha... Bercakap pasal pipah ni, aku teringat dengan sentimen perempuan tak boleh lead. Especially Acai yang selalu tak puas hati kenapa Pipah jadi leader. Ni pendapat aku, aku tak suruh korang setuju pun ye? Ok, dulu, mula-mula, memang Pipah dah suruh dan ajak aku join MPP, aku yang tak nak sebab aku malas dan ianya memenatkan. So, dia tak gila kuasa ok? Lagipun dia memang layak pun, dia ada characteristic sebagai pemimpin. Dalam Bahasa Inggeris, ada dua perkataan yang hampir sama erti. Jealous dan Envy, kalau bahasa melayu, cemburu. Jealous tu more to negative meaning la, maksudnya cemburu with bad intention la. Envy pun sama gak, cemburu tapi tak ada lah with bad intention. Aku memang envy dengan pipah. Tapi pada masa yang sama aku gembira untuknya. Bukankah batch kita gak dapat nama baik dengan pencapaian yang record-breaking ni? Aku memang envy dengan pipah, bukan sebab aku nak join MPP, tapi sebab dia berjaya mencapai goal dia di KPTM. Ye, aku tau, aku pun not bad, CGPA aku pun 0.01 je lagi nak sama dengan pipah. Tapi still aku nak jugak recognition, tapi bukan dengan melalui MPP, tapi aku nak orang recognise aku sebagai established performer which aku rasa aku gagal sebab aku hanya buat persembahan pada 2 DL dan satu GN, dan semuanya bukan sebagai main performance. At least pipah dah harumkan nama KPTM Bangi, aku? Tu point aku. Lagi satu, at least bila ada pipah ni, senang sikit kerja aku. apa-apa info cari dia je. Kepada Izzah yang tak dapat dekan sem lepas, aku rasa dia rasa apa yang aku rasa masa aku tak dapat 4flat masa sem 3 dulu gara-gara Arwa! hahaha... Satu lagi, aku rasa aku dah ada nama group untuk aku dengan Bella untuk nak masuk Raja Lawak, ke skool of lawak sekarang ni; BeBal. Canggih kan? gabungan nama aku dengan Bella.
Nah, siap selfie atas pentas lagi dengan Pipah. Ko hado?

Walaupun aku ni tak sensitif, tapi aku akan miss korang semua. Sedih sebab tinggal yang ni je. p/s: sori kalau pasni lebih dari 5 tahun kalau lose contact, aku maybe akan lupa nama korang.

Ok, Chiao.

Saturday, 1 November 2014

Benda Paling Susah; Hikmah atau Kifarah?

Lama sangat dah rasanya tak update blog ni, hampir 7 bulan dah. Bila difikir-fikirkan ini kali pertama dalam semester ni aku update blog, mana-mana blog. Senang cerita dah lama tak menulis. Bukan nak beralasan, tapi mungkin sebabnya adalah kerana ini adalah semester terakhir sebagai pelajar di Kolej Poly-Tech MARA Bangi ni. Nak aku cerita kisah sedih, tunggu next post. Kali ni aku nak cerita pasal apa yang berlaku di hujung-hujung semester ni.

Thursday, 13 March 2014

Tuesday, 31 December 2013

Harapan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ni. Walaupun dah lama tak update, ia masih lagi lidah rasmi bagi Iqbal Nasir. Aku masih sangat aktif di media sosial. Tapi aku tergerak untuk update blog ni sebab kebetulan tadi ada "bertikam lidah" sikit pasal politik ni. Okey, jom berbincang pasal politik. Sesiapa yang dah terbaca intro ni, aku PAKSA korang baca sampai abis, hahahaha...

Baru-baru ni ada keluar di ruang-ruang koran bahawa menteri belia dan sukan ada mengusulkan pembelajaran politik seawal sekolah. Aku pun tak ingat sangat sebab aku baca sekali imbas saja. Tapi yang pasti pembabitan warga yang lebih muda untuk terlibat dalam politik. Sejujurnya aku setuju. Tapi aku takut ia disalahgunakan oleh pihak kerajaan. Lihat sahaja kursus Biro Tata Negara (aku dah pernah pergi), ianya berbaur politik berat sebelah. Jadi aku setuju pembabitan warga yang lebih muda dalam politik, tetapi pelaksanaannya haruslah bebas dari sebarang pengaruh parti politik, TERMASUKLAH PIHAK KERAJAAN! silibus yang digunakan haruslah bebas dari memburuk-burukkan mana-mana pihak.

Budak-budak muda sekarang ni ada yang kurang gemar "ambik pot" dalam politik. Aku tahu apa sebabnya. Sebabnya adalah taktik-taktik keji yang dilakukan oleh para penyokong. Fitnah bersepah-sepah. Tengok sahaja dalam akhbar, tahun lepas dikatakan Mat Sabu komunis, tahun ni dikatakan pula Syiah, ianya dua ideologi yang sangat berbeza! Senyap cerita Mat Sabu, sekarang dikatakan perhimpunan malam ini untuk guling kerajaan? Anda nilailah sendiri kotornya politik kita. Lepas itu, kedua-dua belah pihak pula berhujah menggunakan point-point fitnah tersebut dan menggunakan teknik provokasi dengan menggelar berbagai-bagai gelaran seperti DAPig, Umngok dan sebagainya.

Politik ini sebenarnya penting. Kerana politik adalah penentu pentadbiran sesebuah organisasi sehinggalah kepada sebuah kerajaan. Dari pemilihan ketua darjah hinggalah ketua negara. Ianya adalah politik. Oleh kerana itu, dengan adanya "proper education" kita akan menjadi satu bangsa yang lebih matang berpolitik, berhemah dan dihormati. Aku akan senaraikan beberapa perkara atau kaedah yang sebenar yang perlu anda lakukan untuk menjadikan minda anda kelas pertama.

  1. Rakyat yang mengundi ada hak untuk mengetahui ideologi semua parti / kesatuan yang ada di Malaysia.
  2. Dengan mengetahui ideologi parti-parti yang bertanding, rakyat dapat memilih parti mana yang sesuai dengan kehendak individu terbabit.
  3. Rakyat boleh berdebat secara sihat di mana-mana ruang; di public atau di social media.
  4. Rakyat perlu lebih hemah berdebat tanpa menggunakan unsur provokasi atau menggelar mana-mana pihak atas dasar menghormati hak perbezaan pendapat.
  5.  Rakyat harus tahu batas-batas sensitiviti di negara yang berbilang kaum dan agama ini.
  6. Sebarang kenyataan tidak boleh diubahsuai, dipotong atau diedit.
Andainya harapan aku jadi kenyataan, rakyat negara ini sudah boleh mula berkira-kira menjadi sebuah negara maju. Aku pernah katakan yang status negara maju hanya akan boleh secara bangganya di "declare" kan andainya mentaliti rakyat negara kita berubah menjadi lebih matang. Tak guna bina prasarana berkelas pertama andainya mentaliti rakyatnya di kelas ketiga. Pak Lah yang pernah cakap macam tu.

Aku tak sambut pun sambutan tahun baru ini. Sebab ini ikut kalendar masihi. Aku tak larang pun korang sambut. Cuma aku berpendapat yang kalau Islam pegang ekonomi dunia, kita masih akan ikut takwim masihi kah?

Tuesday, 1 October 2013

Stressnya Assignment-Assignment Ni!

Dah lama rasanya tak menulis di laman blog ini. Bila sudah selesai tugasan Bahasa Inggeris, barulah rasa lapang sedikit untuk menulis dan sebagainya. Tapi masih ada lagi tugasan-tugasan lain, kuiz malah ujian yang bakal dihadapi.

Rasa lapang itu terbit seusai sahaja tugasan Bahasa Inggeris selesai, tugasan Bahasa Inggeris ini banyak tekanannya. Subjek ini tiada peperiksaan akhir. Melalui projek berterusan inilah pelajar akan dinilai. Meskipun subjek ini subjek Bahasa Inggeris, kami dikehendaki untuk menghasilkan produk baharu dan membuat sales presentation dalam Bahasa Inggeris. Banyak pelajar yang mengeluh dengan tekanan untuk menghasilkan produk baharu mereka. Saya juga tak terkecuali. Tetapi ramai juga yang melampiaskan kemarahan mereka terhadap pendekatan pensyarah terhadap mereka.

Ramai orang bertanyakan kepada saya, mengapa saya anti sedikit terhadap pensyarah subjek "selling" tapi bukannya subjek BI walaupun tekanan subjek BI adalah lebih berat berbanding selling. Dari perspektif saya, saya anti dengan pensyarah "selling" dan bukannya subjek "selling". Saya tak pernah membenci mana-mana subjek semenjak saya masuk di KPTM ini. Sebarang tekanan yang datang dari sebarang subjek saya jadikan cabaran. Samada saya mampu melaksanakan dengan baik atau tidak itu perkara nombor dua. Menghadapi pelbagai personaliti juga merupakan satu cabaran. Malangnya saya masih belum mampu untuk berdiplomasi dalam hal ini. Prinsip saya "if you bitching with me, I'll do the same thing with you". Respect is a two-way road, you want respect, learn to treat other respectively. Makanya, saya tak pernah membenci subjek "selling", malah saya akui kepentingannya dalam bidang ini.

Mari kita beralih kepada subjek Bahasa Inggeris. Saya sebenarnya lebih suka ditekan dalam perkara ini. Ramai yang mengeluh mengapa pensyarah mereka atau lebih tepatnya pensyarah saya menekan dalam berbagai aspek produksi mereka padahal pensyarah lain lebih santai dan rileks dalam penyampaian mereka. Pada saya, bila kita ditekan, kita lebih dekat dengan "persekitaran" pasaran di luar sana. Kita lebih didedahkan dengan situasi dunia sebenar. Pemimpin-pemimpin dan negarawan-negarawan di luar sana mendambakan "produk" yang berkualiti tinggi dihasilkan oleh institusi-institusi pengajian di negara ini supaya negara akan lebih berdaya saing. Malangnya silibus kita banyak berdasarkan exam-oriented. Maka, bila pendekatan "problem-based learning" diperkenalkan, banyak pelajar mengeluh. Inilah masalahnya dengan kebanyakan pelajar kita, termasuklah diri saya. Iaitu kita selalu minta "disuap". Maka dimana effort kita untuk mencari ilmu? Kita nak ilmu, tapi berharap ilmu itu datang sendiri kepada kita. Ilmu pun macam cinta juga, cinta kalau tak dicari, bagaimana ia nak datang? Jadi saya sebenarnya bersetuju dengan peralihan pendekatan pembelajaran yang kita hadapi sekarang. Stress? betul, saya akui. Tapi itulah hakikatnya di dunia luar sana.

Kesimpulannya, dengan subjek BI ini mengajar saya sedikit sebanyak terhadap tekanan yang bakal kita hadapi jika satu hari nanti kita ingin menjadi produser. Tidakkah anda bercita-cita sebegitu apabila mengambil jurusan ini? Ia juga mengajar kita tentang risiko-risiko yang mungkin kita hadapi bila kita jadi produser nanti. Jadi walau apapun gred yang saya mungkin perolehi, saya bersyukur mengambil subjek ini tahun ini. Agaknya apa cabaran di semester hadapan?

Wednesday, 17 July 2013

Berani ke aku ni?

Semalam lecturer aku cakap orang yang ada blog ni berani. Berani untuk meluahkan pendapat dan mengekspresi rasa di persekitaran yang public, maksudnya semua orang boleh membaca pendapat kita di serata dunia.

Pada aku, aku bukanlah seorang yang berani. Keberanian aku di dunia maya ini dapat dilitupi dengan perkataan "anonymous". Di dunia siber ni ada satu lagi istilah yang dinamakan "keyboard warrior". Ia merujuk kepada seorang yang lantang "menaip" di dunia siber tapi realitinya di dunia nyata mereka tak lebih hanya sebagai tin kosong.

Kesimpulannya, di dunia siber ini, semua orang boleh menjadi sesiapa sahaja. Mereka akan jadi lebih yakin dan "confident" berlindung di balik keyboard. Lebih baik sekiranya mereka berjaya menterjemahkan sikap tersebut di dunia nyata.

Jadi sampai sini dululah rasanya celoteh aku. Aku pun sebenarnya sedang kebosanan sebab tak ada apa boleh aku buat ketika ini. Jumpa lagi, wassalam...

Friday, 14 June 2013

Itu Semua Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Hari ni aku just nak tulis tentang pentingnya kita bersyukur dengan apa jua ketentuan yang tersurat kepada kita dan lebih penting lagi, kita ambil pengajaran dari ketentuan tersebut.

Kita sering terlupa untuk bersyukur, lebih2 lagi dengan nikmat yang sering dipandang enteng oleh kita, contohnya kita hidup di Malaysia. Surau berlambak, nak beribadat tak susah. Cuba pergi negara lain, aku ni tak pernah pergi luar negara, so kalau salah tolong betulkan. Ini membawa kepada poin utama dalam bingkisan kali ini.

Pernahkah anda bersyukur dengan ujian dan musibah yang anda hadapi? Firaun dikatakan tak pernah sakit, lantas membuatkan dia ego dan mengaku tuhan. Setiap kali aku sakit, dan kadang-kala ia terlalu berat(hakam tau la macam mana aku masa sakit),  aku bersyukur kerana Allah buat aku sedar yang aku ni lemah, segala kekuatan aku ni pinjaman-Nya. Sekurang-kurangnya Dia masih ingat dan ambil berat tentang aku. MUNGKIN dengan kesakitan itu, dapat mencuci dosa-dosa yang aku dah lakukan. Kalau itulah benar-benar berlaku, sungguh aku bersyukur aku jatuh sakit.

Bila Allah turunkan ujian juga, akan membuatkan kejayaan kita di kemudian hari lebih manis. Sejarah hitam masa aku di matrikulasi dan IPTA dulu membuatkan aku bersyukur kerana aku kini bangkit dan harapanku kecemerlangan ini akan berkekalan agar dapat aku menaikkan nama agama dan bangsa aku. Tetapi masih aku sedar, ianya takkan berlaku tanpa izin-Nya. Study la macam mana pun, kalau tak diizinkan Allah untuk berjaya, kita tak akan berjaya. Sebab itulah kita perlu usaha+doa+tawakkal untuk sukses dalam hidup, Insya Allah...

Rasanya macam dah panjang aku melalut kat sini, bukannya ramai baca pun kan? Tapi kalau ada yang terbaca dan ingin berkongsi entri ini, anda sangat dialu-alukan...share, tweet atau retweet, do what u wanna do(nyanyi lagu windows 8)...

Jumpa lagi
wassalam...

*entri ini ditulis menggunakan apps blogger

Sunday, 9 June 2013

Aku Rindu

Aku tadi singgah R&R masa maghrib, so aku solatlah berjemaah. Lepas tu, aku pun tiba-tiba rasa rindu, rindu nak solat berjemaah. Sebenarnya, rumah aku ni depan surau je, dulu masa aku kat U lama, kalau aku balik rumah, mesti solat kat depan tu. Sebenarnya tak ada alasan sebenarnya nak solat berjemaah, tapi aku masih beralasan. Alasan aku?

Aku takut dan malu kalau orang tanya apa aku buat sekarang. Pakcik-pakcik yang selalu aku jumpa mesti tanya. So, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, aku pun dah tak pergi berjemaah. Jemaah kat depan tu pun tak ramai, so memang obvious kalau aku ada.  Lepas ni, bulan puasa, mesti ramai datang surau tu., so boleh la lepas rindu. Kat asrama pulak, aku malas nak turun, (jangan contohi) so sebab tu aku tak pernah turun melainkan perlu. Bila aku dengar kat depan rumah sewa semester depan ada surau sedang dibina, tiba-tiba aku rasa excited. Hahaha...so, aku berharap surau tu cepat la siap...

Apa-apa pun, tak sepatutnya aku beralasan. Sebagai seorang lelaki, sepatutnya aku solat secara berjemaah. Lebih-lebih lagi, surau depan rumah sahaja.Kawan-kawan, jangan contohi aku ya?

Friday, 5 April 2013

PTPTN: Nak Bayar Pun Susah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Hari ini aku nak meluahkan rasa tidak puas hati aku terhadap sebuah organisasi yang bernama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Malaysia, PTPTN. Aku tahu yang PM kita sangat sibuk dengan jentera pilihan rayanya, tapi aku harap kalau PM kita masih sama lepas PRU kali ni, dia akan terlintas untuk membaca coretan aku kali ini.


Luahan aku kali ni bukanlah pasal pendidikan percuma atau tidak, malah bukan juga tentang riba. Aku nak meluahkan rasa tidak puas hati aku terhadap khidmat pelanggan yang di sajikan kepada aku, yakni pelanggan. Ada dua cerita aku nak story ni.

Thursday, 4 April 2013

Susahnya Nak Kekalkan Equilibrium Itu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung yang sudi singgah ke blog aku yang tak seberapa ni. Dah lama rasanya tak update, dek kerana kesibukan kerja dan assignment, projek dan sebagainya. Walaupun dah lama, tapi aku nak share jugak buat sesiapa yang belum tengok lagi video Majlis Dekan yang aku hadiri bulan lepas. Yang dah tengok tu kalau tak nak tengok dah, tak payah tengok la ye?


Kalau dilihatkan tajuk kat atas tu macam gempak je kan? Sebenarnya aku saja nak relate dengan benda yang aku belajar baru-baru ni dalam subjek Micro Economics. Jangan takut, aku bukan nak cerita sangat pun pasal micro tu. Aku hanya nak mengaitkan konsep "equilibrium" dalam kehidupan seharian kita.

Monday, 11 March 2013

Layu Melayu #1: Pengenalan


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Setelah beberapa kali berjanji, namun tak ditepati, akhirnya aku menaip juga entri pengenalan ini. Aku menangguh untuk menerbitkan entri ini kerana aku tak dapat mencari waktu yang sesuai untuk menerbitkannya. Aku kalau boleh nak publish entri ini pada waktu puncak, yakni waktu orang ramai online. Bila aku dapat online, aku kena keluar pula, sabtu malam ahad, aku celebrate anak buah aku punya birthday ke-2. Ahad malam isnin, teman mak aku pergi klinik pula, malam ini pula, tengok wayang dengan family pula. So, aku buat keputusan untuk menaip juga walaupun sudah lewat dan dah tak ramai orang online ketika ini. Tak apa, I'm willing to take the risk. Sebelum terlupa, aku dah tukar nama siri ini dari "Masalah Melayu" kepada "Layu Melayu" kerana ianya lebih catchy.

Sunday, 3 March 2013

Sebuah Usul Cadangan Buat KTM Komuter


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Kali ini aku just nak bagi cadangan kepada KTM komuter agar dapat memantapkan lagi servisnya.

Kalau anda semua ingat tweet yang aku post pagi tadi iaitu:



Kenapa pula mereka perlukan pakar matematik? Mudah sahaja, mereka memerlukan pakar matematik untuk mengoptimumkan prestasi mereka. Lebih-lebih lagi ketika waktu puncak. Mereka perlu menganalisa taburan pengguna yang menggunakan perkhidmatan tren mereka. Ini juga sangat penting apabila projek-projek penambahbaikan dijalankan. Dengan algoritma yang disediakan pakar tersebut, pengguna akan kurang waktu penantian mereka. Contohnya adalah apabila kita telah dapati satu stesen itu sangat jarang digunakan atau tidak menjadi pilihan ramai penumpang, tren tersebut boleh meneruskan perjalanan agar dapat menjimatkan masa. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diberikan, tapi dek kerana kekangan masa dan kekurangan kepakaran, biarlah pihak pengurusan KTM komuter sahaja yang membuat keputusan. Ianya akan meningkatkan sedikit kos operasi, namun untuk jangka masa panjang, aku rasakan ianya berbaloi.

Sampai disini sahajalah, jumpa lagi nanti. Tengah kemaruk nak baca buku ni, baru lepas guna BB1M...

Wassalam...

Saturday, 2 March 2013

Bercinta: Gelojak Jiwa Sang Remaja


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang sudi melawat blog ini. Tak apalah, 2-3 orang yang sudi pun jadilah daripada tak ada langsung. Alhamdulillah, hari ni punya tanggungjawab terhadap Allah dah setel, walaupun tak sempurna. So, sekarang sementara nak tidur, aku nak menaip sikit.

Aku ni jenis tak suka berdebat depan-depan sebenarnya. Sebabnya aku takut aku akan dipengaruhi emosi. Jadi itulah sebabnya aku menulis. Jadi semua "point" aku dapat disampaikan tanpa pengaruh emosi.

Monday, 25 February 2013

Bila Sebut Pasal Politik...


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Aku tengah gembira giler ni, Alhamdulillah, MARA aku dah settle, penyakit aku pun makin beransur pulih. Lebih seminggu aku menahan kesakitan pergi ke kelas, rasa nak pitam pun ada sebenarnya. Tapi yang penting aku dah beransur pulih.