Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Ok, Januari. Sejujurnya takde apa-apa yang menarik boleh diceritakan melainkan pada hujung bulan Januari, aku kena keluar dari residensi pelajar di Zetapark. Ya, sejujurnya, aku berat nak tinggalkan Zetapark. Kenapa? Sebab duduk situ aku dapat bilik sendiri, duduk sorang-sorang. Bole aku buat video, sebab ada privasi. Perasan kan aku dah lama sangat tak buat video? Sebab aku dah takde privasi. Ye, aku duduk dalam bilik sekarang. Tapi bilik ni aku kongsi dengan adik aku, so dia bole masuk bila-bila je dia nak. Dan aku tak suka kunci pintu, sebab ni bukan bilik aku sorang. Itu satu, duduk kat Zeta, bawah rumah ada mall, boleh tengok wayang, boleh makan Sushi King. Pastu kat Zeta ada swimming pool, yang aku guna tak sampai 10 kali pun sepanjang 2 tahun duduk di situ. Dan ada gym yang boleh Fitri paksa aku turun workout. Sekarang? dalam mimpi je la nak workout macam dulu-dulu.
(Kiri: Swimming buat kali terakhir di Zeta;
Kanan: Zetapark resident card. Ketua rumah B-12-30. Bapak Jambu)
Februari. Internship start. Tak ada company nak kat aku, so aku apply je la kat UniKL. Ok je, aku duduk dua department, mula-mula kat "Centre for Instructional Technology and Curriculum Development", CITC. Diorang yang kat CITC ni semua baik-baik. Ada je yang aku tak rapat, tapi bukan ada masalah pun, cuma biasalah, aku kan memang tak pandai nak mulakan perbualan, nampak pun dia macam aku, senyap je. So, aku pun senyap je la. Tak ada masalah pun. Pastu aku ditukarkan ke "UniKL International Office", UIO. Itupun atas concern director CITC, Haji Roslan, sebab dia rasa tak sedap dan bersalah nak guna aku kat department dia, sebab aku student International Business, tak ada kena mengena dengan department CITC. With that, Thank You So Much. Bila kena tukar dekat UIO, Hmm... ada "office politics" sikit. Hahaha... tak ada apa-apa pun sebenarnya, just perselisihan faham, dan aku tersepit antara dua-dua pihak dan aku tak nak pilih mana-mana pihak. Aku hanya nak profesional dan menurut arahan sahaja, hahaha. So, kalau aku kena pilih mana kerja yang aku enjoy, aku pilih CITC. Sebab kat UIO keadaan agak tegang ye, hahaha...
(Gambar bersama team CITC)
Sebelum internship tamat, bulan Mei merupakan bulan yang bersejarah, bukan kerana aku lahir bulan Mei, tapi sebab buat pertama kalinya, kerajaan yang memerintah Malaysia, bertukar tangan. Dan aku terlibat dalam sejarah Malaysia baru ini. Aku dan kakak aku mengundi buat kali kedua, dan adik aku mengundi buat pertama kali.
(Kami anak-ank muda sudah mengundi!)
Pastu pada minggu akhir internship, literally, minggu terakhir internship, Jun, aku kena Chicken Pox. Adoi... dalam banyak-banyak time, time ni la ko nak kena chicken pox kan. seminggu camtu gak la tak puasa, sebab time tu bulan puasa. Hmm... sabar je la. Akhirnya aku tamatkan juga internship aku, so tinggal konvokesyen je la kan? Hmm... tak!
(Kiri: MC seminggu, literally minggu terakhir internship;
Kanan: Kondisi semasa kena chicken pox)
(Akhirnya, aku berjaya menamatkan internship. Gambar bersama team UIO)
Bulan September, bulan banyak cuti. Yeay! dua kali bercuti. Sambil menyelam sambil minum air, sebab sambil-sambil bercuti, jadi model posing sakan untuk gambar di hari konvokesyen.
(Gambar ini aku pilih untuk keluar kat skrin masa aku amek sijil)
Bulan Oktober, bulan konvokesyen! Aku tak nak spam banyak-banyak gambar konvo kat sini, korang pun bole tengok kat instagram aku. Aku just nak cakap yang aku tak sangka sangat-sangat yang aku terpilih wakil kampus Business School sebagai pelajar terbaik. Ya, aku berbangga. Aku gembira. Tapi apa je aku buat sepanjang di Universiti?
(Kiri: Bersama mak dan kakak yang datang hari konvokesyen;
Kanan: Gambar skrin masa pengumuman Anugerah Presiden)
(Gambar diambil oleh abang Azlan dari CITC, yang duduk kanan aku kat gambar atas tadi)
Nak dijadikan cerita, motor yang aku beli dari zaman diploma, 2nd hand cash guna duit MARA tu dah mula problem. Aku ni memang tak tahu menahu pasal benda-benda yang berenjin ni. So, aku OVERHAUL tau, lagipun, memang tak pernah overhaul sepanjang 5 tahun guna motor tu, dah overhaul pun, still problem. Sampailah satu hari, 19 November 2018. Isnin. Esoknya cuti Maulidur Rasul. Motor dah berapa kali masuk bengkel. On the way ke tempat kerja, motor buat hal, aku hilang kawalan dan terseret atas jalan. Esoknya cuti umum tu aku dengan kawan baik aku survey motor baru, Rabu, aku tak nak pergi kerja selagi aku tak beli motor baru. Sebab aku ada kabel (hehehe), hari Rabu tu, pagi-pagi survey harga, sebelum tengahari aku order, petang dalam pukul 4 dah settle atas jalan. No plat, road tax semua settle. Khamis, ke tempat kerja dengan motor baru. Well... Sweet November, macam-macam jadi bulan ni...
(Kiri: Kondisi motor lama selepas kemalangan;
Kanan: Muka puas dan gembira bersama motor baru walaupun sedang sakit)
Aku mulanya plan nak post sekaligus, sekali part recap ni aku rasa dah panjang pulak. Kita sambung ke post lepas ni untuk azam, dan masa hadapan.
Jumpa kejap lagi,
Ini Iqbal Nasir.
0 comments:
Post a Comment