Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog ini. Seperti yang dijanjikan, aku nak story la pasal 2012 ni. Conclusion la senang cerita. Tahun 2012, banyak benda yang berlaku, ada yang menyeronokkan, ada yang menyakitkan hati.
Kita mulakan dengan yang menyenangkan dulu la ye? Pada tahun ni, buat kali pertama, aku berjaya beli CD V6 YANG ORI DARI NEGERI MATAHARI TERBIT, JEPUN! Aku beli CD Bari Bari Buddy. Ini screen shot video yang aku ambil semasa membuka bungkusan tersebut. Nak upload, line slow nak mampos...
Pastu, aku dapat sambung study, diploma balik, itulah yang terjadi bila kita malas ye adik-adik? Aku hampir dapat degree, tapi apa boleh buat, nasi dah jadi bubur. Biarlah itu jadi memori. Biarlah aku jadi aku yang baru. Malah, syukur ke hadrat ilahi. Inilah yang digelar "Rahmat Dalam Ujian", aku punya result final aku, aku dapat semua A. Dah lama aku tak dapat semua A, kali terakhir adalah pada tahun 2001, aku mendapat semua A dalam UPSR. Walaupun usia dah lanjut, baru nak ambil diploma, tapi alhamdulillah, aku nampak awet muda (HAHAHAHA!). Aku terfikir, adakah aku sepatutnya dilahirkan lebih lewat? kerana perkembangan hidup aku lambat berbanding rakan sebaya aku. Hujung minggu lalu, rakan satu sekolah menengah aku masuk RM1,000,000 Moneydrop. Mak aku cakap muka dia dah macam bapak orang. Aku cakap, budak batch aku baru 3 orang yang dah kahwin (Sekolah aku sekolah berprestij dan sekolah lelaki sahaja). Tapi tak apalah, benda dah jadi. Buat masa ni, aku malu nak jumpa kawan-kawan sekolah, Universiti dulu dan kawan lama. Aku takut bila diorang tanya "apa kau buat sekarang ni?"
Yang buruk pula, hahaha, yang buruknya time cuti semester ni aku kuat tidur dan malas. Bangun hampir setiap hari lambat, subuh confirm qada' je. Dan banyak lagi. Dulu masa aku cuti, aku rajin membaca, menambah ilmu pengetahuan. Ini nak baca surat khabar pun dah malas, Hmmm... Dah la bergaduh dengan budak kat facebook, menjatuhkan prestij aku je, gaduh dengan budak-budak...
Dari segi kerohanian pun agak teruk tahun ini. Ramadhan yang baru ni sangat tak memuaskan hati aku, aku asyik dok fikir study je, amalan pun berkurang, terawikh pun tak tentu, Al-quran pun dah jarang baca.
Aku harap tahun depan akan jadi lebih baik. Lagi beberapa minit je lagi nak 2013. Dunia masih belum kiamat. Gunakan hidup kita sebaiknya. Ini igatan bukan untuk orang lain je, ianya khusus kepada aku jugak. Kejap lagi bunga api akan menghiasi ruang angkasa. Selamat tahun baru...
K-tea
0 comments:
Post a Comment