Kakak ipar aku dan anak-anaknya tak ada di rumah. Dia di Seremban kerana ibunya ada di sana. Jadi, kami berenam sahajalah yang pergi makan. Bila kembali berenam, rasa nostalgia pula. Sebab kami semua naik satu kereta sahaja, nak jimat. Tapi masing-masing dah besar panjang. Sendatlah kereta bapak aku tu. Tapi takpe, makan kat Pelabuhan Klang je. Kalau dulu, adik aku duduk kat pangku mak aku, bapak aku pandu. Aku duduk tengah kat belakang bersama abang dan kakak aku. Sekarang, abang aku dan kakak aku di depan. Aku, adik aku, bapak dan mak aku kat belakang. Kami pergi makan seafood sebab nak celebrate kakak aku yang dah graduate master dia dan adik aku dah menamatkan persekolahan baru ini. So, rasa macam dulu-dulu la.
Sebenarnya, aku dalam family aku bukanlah seorang yang paling happening. Kakak akulah yang aku rasakan paling happening. Aku rasa dalam adik beradik aku, akulah yang paling pendiam dan tak ramah langsung. Family aku sendiri pun kadang-kadang tak faham aku. Tapi, aku sebenarnya seronok bersama family aku. Sekarang ni semua dah ada haluan masing-masing. Abang aku dah berkeluarga, kakak aku dah bekerja, aku dan adik aku akan selalu tiada di rumah kerana belajar. Tinggallah mak aku seorang diri kat rumah. Nasib baik ada cucu-cucunya yang jadi penemannya nanti. Itulah kitaran hidup manusia. Nanti bila aku dah berkeluarga, anak-anak aku pun akan melalui fasa tersebut. Kenalah aku bersedia dan menyesuaikan diri masa tu.
Inilah antara gambar makan malam semalam. Banyak gambar fokus makanan je la
Bila makan aiskrim sama-sama sesama adik beradik semalam, serius rasa macam budak-budak dulu...
p/s: Sabtu ni, pun tak dapat tengok Malaysia lawan Indonesia. Saudara aku kahwin pulak. Hmmm...aku kirimkan doa je la...
0 comments:
Post a Comment