Monday, 12 November 2012

Apa Lagi Yang Kita Ada? Kita Dah Dibogelkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Statistik menunjukkan pengunjung blog ini datangnya dari Negara Rusia. Tapi 9 orang sahaja. Kenapa ya? Esok penganut agama Hindu di Malaysia akan menyambut pesta cahaya, Deepavali. Selamat menyambut perayaan tersebut saya ucapkan kepada mereka yang berkenaan.


Sebenarnya ini adalah luahan perasaan aku, kalau siapa-siapa yang dah biasa baca tulisan aku sebelum ni memang tak asing lagi dengan topik yang akan aku bincangkan kejap lagi. Sebelum aku mula, ingin aku nak ingatkan di sini bahawa Piala AFF Suzuki tahun 2012 diadakan di Thailand dan Malaysia. Ya kawan-kawan, Malaysia adalah tuan rumah bersama edisi kali ini. Tapi mesti ramai yang tak tahu kan? Tu yang nak bagitau tu. Bukan salah korang pun kalau tak tahu, aku tak perasan pun mana-mana promosi dan iklan-iklan billboard yang mempromosikan pertandingan ini. Yang banyak, iklan 1 Malaysia. Ya, aku tahu pilihanraya dah dekat, tapi AFF lagi 12 hari saja lagi. Itu yang aku panas tu, jangan sampai aku terjemahkan kat kertas undi nanti. Tadi jugak aku mention PM kita supaya ambil berat. Ni tweet aku tadi:



Wah, panjang betul mukadimah entri ni kan? Nak buat macam mana, luahan perasaan... Sebelum aku betul-betul start bincang tentang entri ni, kalau siapa-siapa nak beli tiket AFF online boleh klik sini.

Kisah Gangnam di Jepun

Kita mulakan dengan perkaitan dengan kisah di Jepun. Katalah aku bias ke apa, tapi baca dulu sebelum hentam. Ini adalah petikan dari surat khabar yang lalu:



Apa yang boleh disimpulkan kat situ? Jepun dengki? Kalau orang tu dah jenis "half cup empty", tak bole wat apa. Semua negatif je. Aku pandang sisi lain. Pada aku, aku respek pendirian rakyat Jepun. Bukannya tak ada artis Korea yang berjaya kat Jepun, banyak. SNSD, Kara, Boa dan banyak lagi. Kalau korang perasan, kat akhir artikel tu ada sebut pasal Psy tak buat lagu tu versi bahasa Jepun, pasal tu tak famous kat Jepun. Tengok tu kawan-kawan, nak masuk pasaran Jepun, kalau nak berjaya kena buat versi bahasa Jepun tau, punyalah kuat jati diri mereka. Kita? SENANG-SENANG je mengalu-alukan kedatangan gelombang K-pop. Aku bukanlah suruh diorang kena buat versi bahasa Melayu, cuma kita ni, KITA KENA SUPPORT PRODUK KITA. Pada masa yang sama, kalau nak minat produk luar yang lain, support la. Aku sendiri minat V6, kumpulan Jepun yang ditubuhkan pada tahun 1995, tapi aku tahu mesti korang tak kenal punya. Point aku, tak salah nak minat Korea, tapi janganlah pinggirkan identiti kita sendiri.

Produk Kita, Identiti Kita

Produk dalam konteks ini sangat luas. Pasukan bola sepak kita, pasukan hoki juga merupakan produk kita. Kita hidup di Malaysia. Mereka yang mewakili Malaysia, mewakili kita. Baik buruk mereka, mereka adalah wakil kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menyokong mereka walau apa jua keadaan. Kat sini aku nak tumpu kepada sukanlah. Produk-produk keluaran Malaysia yang lain, aku tak nak komen lebih pasal aku tak tahu dengan mendalam keadaannya. Aku cukup pelik dan ajaib. Aku belajar bahasa Jepun kat sekolah, so aku bolehlah bertutur sikit-sikit bahasa Jepun. Begitu juga semasa di Universiti dahulu, aku belajar bahasa Sepanyol dan faham sikit-sikit bahasa Sepanyol. Tapi bila Jepun lawan Malaysia masa kelayakan Olimpik dulu, aku sokong 100% Malaysia.



Kenapa orang ramai masih tak fasih berbahasa Inggeris bila mereka sering mendengar stesen radio berbahasa Inggeris? Kenapa masih ramai yang tak memahami bahasa Korea tapi tengok show Korea tak pernah miss? Disamping aku minat menonton gusti, aku mendengar apa yang pengulas tu katakan, aku ikut "storyline" dia. Barulah boleh "improve" BI aku, barulah aku boleh berinteraksi dengan peminat-peminat Wrestling dari Amerika, khususnya.

Korang kenal ke "players" Malaysia? Walaupun kehadiran ultras-ultras sangat digalakkan, namun masih sangat ramai orang kita yang tak ambil endah dengan bola sepak kita. Kalau yang memang tak minat bola tu boleh dimaafkan, ini yang kaki bola, tapi langsung tak tahu pemain-pemain Malaysia. Aku memang tak pernah ikut liga luar negara. Tapi aku ada la tengok satu dua match sekali-sekala. Dan aku tak pernah larang supaya jangan tengok liga luar, tapi ikut la juga liga tempatan. Orang UK pun pelik dengan kita yang sanggup berbelanja untuk mendapat siaran liga luar negara. Bukan kita pun yang dapat untung, mereka tak rugi apa-apa pun kalau kita tak endahkan liga mereka. Aku ikut bola Malaysia masa bola Malaysia masih bodoh lagi. Masih aku support diorang walaupun bapak aku kuat nganjing diorang. Bagi aku, team tu mewakili negara aku, kalau tak berani nak menyokong bila kalah, jangan nak sibuk bersorak bila menang. Pergi la ko jadi warga negara England. England pun bila entah kali terakhir menang Piala Dunia? Sekali tu je kot.

Janganlah Dibiarkan Jati Diri Kita Hilang

Aku hafal lagu-lagu V6, begitu juga lagu-lagu Sudirman Hj Arshad. Aku ada jersi Arsenal sehelai, beli kat Padang Besar. Dan aku ada dua jersi Malaysia, satu jersi Selangor dan satu Jersi Sime Darby. Bila aku dah berkeluarga, aku akan pastikan family aku dapat tengok bola kat stadium, sekali seminggu pun jadi la. Dan aku akan pastikan setiap anak-anak aku dapat membaca tulisan jawi. Dan aku takkan larang mereka untuk minat selain dari itu. Cuma janganlah dilupa jati diri kita. Janganlah kita mudah lupa.

0 comments:

Post a Comment