Thursday, 29 November 2012

Family Punya Pasal

Semalam, masa siang mak aku kata dia tak masak tengahari. Abah nak belanja seafood malamnya, katanya. Malam tu, ada match Malaysia vs Laos, family punya pasal, aku ikut je.

Wednesday, 14 November 2012

Sekadar Entry yang Random



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Selamat Tahun Baru 1434 Hijriah kepada semua umat Islam di seantero dunia. Baru lepas tengok Malaysia lawan Hong Kong yang berkesudahan dengan 1-1, terima kasih kepada Aidil yang membuat kesilapan bodoh sehingga pihak lawan berjaya menyamakan kedudukan pada ketika mereka bermain dengan 10 orang. Gambar kat atas tu gambar kat kedai makan tadi la. Tapi kali ni aku duduk lepak rumah member housemate aku time kat UTHM dulu.

Tahukah anda, tentang adat kita orang Melayu membaca doa untuk awal dan akhir tahun? Untuk pengetahuan semua, adat itu tidak diamalkan semasa zaman Rasulullah, namun berdoa itu sangat baik. Makanya, tak salah berdoa akhir dan awal tahun, asalkan berniat dengan doa biasa seperti doa-doa yang lain. Tiada sebarang fadhilat-fadhilat yang lain. Ok? Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

Monday, 12 November 2012

Apa Lagi Yang Kita Ada? Kita Dah Dibogelkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini. Statistik menunjukkan pengunjung blog ini datangnya dari Negara Rusia. Tapi 9 orang sahaja. Kenapa ya? Esok penganut agama Hindu di Malaysia akan menyambut pesta cahaya, Deepavali. Selamat menyambut perayaan tersebut saya ucapkan kepada mereka yang berkenaan.

Sunday, 4 November 2012

Tiap Matlamat Perlukan Motivasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang secara sengaja atau tidak, datang ke blog aku ni. Sekali lagi, tajuk entri kali ini sangat tak menarik dan popular. Makanya, kebarangkalian pembaca yang membaca entri ini sangat rendah. Walaubagaimanapun, blog ini hanyalah luahan hati aku, kerana aku rasa ini sahaja tempatnya untuk aku luahkan segala rasa dalam hati aku. Sebelum aku memulakan entri kali ini, aku nak wish adik aku dan semua yang menduduki peperiksaan SPM esok supaya buat elok-elok, dan rilek je. Kalau dah study tak ada apa-apa yang nak dibimbangkan. So, apa kisahnya tentang gambar di atas tu?