Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada sesiapa yang terjumpa blog ini. Blog ini dan blog-blog saya yang lain sangat jarang di kemas kini. Jadi anda sangat bertuah apabila saya memilih untuk mengemaskini blog ini hari ini.
Lihat gambar diatas, kurus keding tak? Ha, pasal tu la hari ni aku angkat besi sekerap yang boleh. So far, okey la...dah tak la sekurus dulu. So, apa yang aku nak tulis hari ni? Hari ni ada test. Bukan test tu yang aku nak story, tapi lepas test tu ramailah budak-budak lain buat hal masing-masing. Ada yang balik, ada yang cari tiket balik dan sebagainya. Maka sendirianlah aku didalam bilik. Sekarang semasa aku tengah tulis ni aku tak keseorangan. Cuma tadi semasa dalam kebosanan aku pun melihat page bekas pelajar sekolah aku. Sekolah aku adalah sekolah yang hebat. Tapi bukan aku. Aku, yang dalam kesunyian dan kebosanan tiba-tiba terasa sedih dan sebak apabila melihat rakan-rakan satu batch semuanya sudah pun ada "life" diorang sendiri. Ada yang berkahwin, ada yang merantau ke seluruh dunia, ada yang jadi orang berpengaruh. Aku? aku sudah pun jatuh terjelepok ke belakang kembali ke tahap "orang-orang muda". Aku bukanlah muda (walaupun aku awet muda), tapi aku sebenarnya inginkan apa yang rakan-rakan satu batch aku rasakan sekarang.
Seperti tajuk diatas, nasi sudah pun jadi bubur. Segala perlakuan aku semasa di matrikulasi dan di universiti dahulu hanyalah tinggal memori. Samada pahit ataupun manis, ianya tetap memori. Tak dapat aku ubahnya. Kalau dapat aku kembali ke masa lalu, aku akan belasah dan tampar diri aku sekuatnya bila aku terfikir nak ponteng ke kelas atau kuliah dahulu. Kepada adik-adik yang membaca entri ini, ingatlah, jangan ponteng kelas/kuliah. Anda akan menyesal satu hari nanti...
Jumpa lagi,
wassalam...
K-tea.
0 comments:
Post a Comment