Monday, 10 September 2012

Dilema Kedai Makan

gambar sekadar hiasan diambil dari sini.

Aku sungguh panas hati bila aku mintak teh tarik atau kopi O kurang manis, yang sampai manis giler. Tak paham bahasa ke brader2 yang amek order ni? tak semestinya orang tua saja yang kena jaga kesihatan, orang muda pun nak jaga kesihatan jugak...so, please la, kalau aku mintak teh tarik KURANG MANIS, memang aku maksudkan KURANG MANIS...tadi, aku pesan teh tarik kurang manis, yang sampai dah macam kaler air horlick dah. Sampai aku kena tanya tu air apa, sebab putih giler. Itu adalah indikasi bahawa tu teh tarik LEBIH MANIS. Aku mula-mula rileks je pasal isu ni, tapi bila lama-lama aku biarkan, boleh kena kencing manis dibuatnya. Aku pun mula la rasa panas je bila aku punya teh tarik kurang manis, jadi manis giler. Seolah-olah aku diperbodohkan...

0 comments:

Post a Comment