Thursday, 16 August 2012

Racist Paranoia! (Uncensored!)

Sebenarnya aku semalam takde idea nak update "Infinitesane Daily", tapi pagi ni tiba-tiba aku dapat idea untuk entry "Thursday Wonder". Disebabkan hari ni dah Jumaat, so aku tulis je la dulu kat sini, minggu depan lah pulak update pasal isu ni kat sana.


Akhir-akhir ni aku terperasan tentang isu ni. Biarlah aku bagitau dulu situasi dia. "Perbualan" ini sebenarnya komen-komen di youtube.

Situasi 1: Aku tengah tengok video persembahan Suki kat youtube, lagu baru dia yang apa tah tajuk dia :-

Mamat 1: saya terkejut kerana ,sya bru tahu cina yang nyayikan lagu ni,mmang awesommmmm.....i like it.diction bagus sangatttt,high note mantappppp

Mamat 2: owh baru tahu dia CINA? tak boleh ke cakap nama dia terus? perlu ke nak cakap CINA?,KAUM?.. mmg typical fucking malayss yang fucking racist.. selama 54 tahun Kerajaan SIAL UMNO BN ajar korang budak2 nih semua jadi sial!@!.. macam pukimak racist... sejarah KAUM ko MELAYU tuh arif kan dulu.. ko tuh penjajah di tanah semenanjung nih.. tali barot BRITISH!!!,, menjahanamkan orang2 asal.. KAUM MELAYU bersekongkol dengan YAHUDI BRITISH.. sial!!!!.. UMNO SIAL!!!

Situasi 2: Aku tengok video Sean Giannelli, player malaysia yang main kat liga itali, tapi serie D je la. Tapi still a great achievement kan? berikut komen dari video tersebut :-

Mamat 1: mak di org malaysia kan ? cine ke melayu erk mk die ?

Mamat 2: dia org Malaysia bro....melayu or cina x kisah....jgn racist..

Seriously? diorang ni tau ke apa tu racist? takkan pasal tanya bangsa pun dikatakan racist? Malaysia ni kan kaya dengan berbagai bangsa dan budaya? Salah ke kalau tanya bangsa seseorang tu? Ni baru kat semenanjung? kalau kat Borneo lagilah macam-macam puak dan kaum ada. Jangan dilupa yang Borneo tu pun Malaysia jugak.

Bangang giler! aku tak dapat spot pun mana-mana ayat yang merendah-rendahkan bangsa lain kat situasi di atas tadi. Dalam kes Suki, lagilah takde kena mengena. Brader tu siap puji lagi. Sebab apa? Sebab bukan senang nak jumpa orang bukan melayu yang dapat bertutur dan menyanyi dalam bahasa melayu dengan fasih! Cuba tengok debat piala perdana menteri, korang tak rasa bangga ke bila bangsa asing dapat bertutur dalam bahasa kita dengan fasih? tengok David Teo, Eric Leong, yang masuk masterchef selebriti hari tu, kan bahasa melayu mereka kurang fasih? bukan nak merendahkan mereka, tetapi itulah realiti di Malaysia. Tak ramai bangsa cina dapat bertutur dalam bahasa melayu dengan fasih. Jadi bila Suki dapat melakukannya dengan baik, malah lebih baik dari orang melayu yang nak celup jadi bangsa lain, selayaknya Suki mendapat pujian. Racist ke tu? Bodo kan?

Yang kes Sean Giannelli pulak, orang tanya sebab, sekarang ni trend player bola malaysia biasanya orang melayu dengan india sahaja. SANGAT JARANG bangsa cina atau bangsa lain bermain untuk skuad kebangsaan. Kalau "zaman emas" bola sepak malaysia dulu, kalau korang perasan, semua kaum ada. Santokh Singh, Soh Chin Aun, Mokhtar Dahari tak yah citer la kan? Arumugam, dan banyak lagi. Sekarang? Hanya Yong Kuan Yong sahaja yang pernah mewakili negara dalam apa-apa pertandingan. Jadi dengan meningkatnya minat kaum cina khususnya akan memberi impak yang sihat kepada perkembangan bola malaysia.

Dah panjang aku tulis dan membebel ni. So aku nak stop dulu. Bukan ramai pun yang datang baca kan? takpe, nanti next week aku repost balik entri ni kat "Infinitesane Daily". Hahahaha... Kesimpulannya, jangan jadi bodoh, nanti segan sendiri...jahat tak ayat aku ni?

Wassalam...

0 comments:

Post a Comment