Thursday, 13 March 2014

Baucar Buku, Buku dan Aku


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pengunjung Ini-Iqbal-Nasir. Hari ni nak update sebab ada macam-macam berlaku hari ni.

Kisahnya bermula semalam. Semalam bangun tidur (dah cerah) nampak macam dah cerah, macam sejuk sikit, macam jerebu ni macam nak habis la senang cerita. Niat nak pergi KLCC ditangguhkan sebab macam dah lambat. "Esoklah," getusku dalam hati. Hari ni, bangun tidur, tengok luar, mak ai, kuatnya jerebu! So, sebab dah nekad semalam, aku pergi jugak walaupun dah agak lewat bertolak (tengahari). Alang-alang kakak aku nak on the way ke UiTM Shah Alam, nak setelkan benda-benda PhD dia, aku pun tumpanglah sampai komuter Padang Jawa. Stesen komuter Padang Jawa bersebelahan dengan sekolah rendah. Dapatlah dengar suara-suara suasana semasa di sekolah rendah dahulu walaupun dalam keadaan yang berjerebu dan kurang menyenangkan. Komuter macam biasa, slogan "on time, everytime" takkan boleh pakai sebab jadual tu sekadar penghias papan LCD sahaja. Dalam komuter, aku nampak ada 2 orang Jepun. Macam mana aku tau? 1. Dia pegang buku Jepun (of course aku kenal huruf-huruf Jepun) 2. Features muka mereka. Aku rasa kalau letak 3 orang, seorang Jepun, Seorang Cina, seorang Korea, aku boleh bezakan tiap-tiap satu. Sebenarnya muka orang Jepun, Korea dan Cina berbeza. Cuma aku tak tau nak terang macam mana.

Sampai di KL Sentral, aku singgah solat sebentar. Selepas solat, aku mengambil masa untuk menulis nama dan butiran-butiran lain pada baucar tersebut. Kemudian, aku ditegur seorang lelaki yang mengajak berborak dengan aku apabila melihat aku dan baucar buku aku. Pada pengamatan aku, jejaka ini tampak muda dan baru beberapa tahun bekerja. Terus aku sorokkan butiran nombor kad pengenalan aku, takut-takut dia nampak dan takut dia lebih muda dari aku.

Dipendekkan cerita, sampailah aku di stesen LRT KLCC. Baru beberapa bulan lepas aku pergi Kinokuniya sebab nak cari buku Chris Jericho (sekarang dah ada, beli dari oversea habaq hang). Secara tak semena-mena, aku tak jumpa jalan nak ke Suria KLCC, sebaliknya aku masuk Avenue K. Apa ada kat situ, Popular ada la, tapi mana ada buku wrestler jual kat situ. Terkial-kial jugak la nak cari Suria. Last-last, aku keluar ke jalan utama lintas jalan yang berjerebu tu, ke seberang, ke Suria. Ish, ish, ish... cepat betul lupa...

Seronok rasanya bila sampai Kinokuniya. Tengok ramai orang beratur pegang baucar (tapi tak seramai masa kat MPH Mid Valley dulu). Ok, terus ke seksyen biografi ahli sukan. Untuk menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakan sebaya, aku tweet gambar buku biografi Alex Ferguson, Messi dan David Beckham.

Rambang mata aku tengok betapa banyaknya buku wrestler kat situ. Booker T, Ted DiBiase, Mick Foley, Hulk Hogan, Andre The Giant, Eddie Guererro (paling mahal, RM100++), DX, Goldust dan Bret Hart. Lantas aku pilih dua nama terakhir tadi. Aku nak beli buku Mick Foley jugak, tapi memikirkannya, aku tak tahu bila mampu aku habiskan.

Goldust, Chris Jericho (Imported), Bret Hart

Ok, buku apa lagi aku nak beli? Aku pergi ke seksyen bahasa, pergi ke bahasa Jepun. Inilah masanya aku memboros beli buku belajar kanji yang mahal tu. Ambik... Pergi ke seksyen advertising, semua menarik. Nama pun advertising, akhirnya aku tak jadi beli apa-apa dari seksyen itu. Aku akhirnya pilih nak beli buku pasal body language. Kira punya kira, adalah terlebih RM2.30 kalau tak silap. Pergi verified baucar, kakak tu tanya 
"how much you want to spent?" 
Aku pun tak nak kalah, nak speaking la jugak, 
"All of 'em." 
"Thank you for spending at Kinokuniya." 
Kalau tak de baucar tu, memang tak ah... Pergi bayar, kakak kaunter tu kata buku Jepun tu ada 20% diskaun. So, kena cari benda RM14 atau lebih. Sekali aku jumpa buku "Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia" Aku pernah nampak buku tu jual online, RM23, nampak menarik. Angkat...

Akhir sekali, inilah hasil dapatan aku hari ini:


Sejujurnya, aku memang suka membaca. Tapi aku ada masalah untuk menghabiskannya. Aku ada cukup banyak buku untuk dibuat mini library. Malangnya, majoriti besarnya aku gagal habiskan. Jadi aku rasa lepas ini aku perlu peruntukkan waktu sejam dua untuk membaca agar habis semua buku-buku aku. Hmm, nak study, workout, membaca, menyanyi, menari? cukup ke 18 jam sehari ni? (6 jam tidur)

2 comments:

  1. Mcm tu je ko abeskn voucher??awat ta bli bku utk sem dpn??

    ReplyDelete
  2. Mana aku tau buku apa guna sem depan?

    ReplyDelete