Saturday, 1 November 2014

Benda Paling Susah; Hikmah atau Kifarah?

Lama sangat dah rasanya tak update blog ni, hampir 7 bulan dah. Bila difikir-fikirkan ini kali pertama dalam semester ni aku update blog, mana-mana blog. Senang cerita dah lama tak menulis. Bukan nak beralasan, tapi mungkin sebabnya adalah kerana ini adalah semester terakhir sebagai pelajar di Kolej Poly-Tech MARA Bangi ni. Nak aku cerita kisah sedih, tunggu next post. Kali ni aku nak cerita pasal apa yang berlaku di hujung-hujung semester ni.

Thursday, 13 March 2014

Tuesday, 31 December 2013

Harapan 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ni. Walaupun dah lama tak update, ia masih lagi lidah rasmi bagi Iqbal Nasir. Aku masih sangat aktif di media sosial. Tapi aku tergerak untuk update blog ni sebab kebetulan tadi ada "bertikam lidah" sikit pasal politik ni. Okey, jom berbincang pasal politik. Sesiapa yang dah terbaca intro ni, aku PAKSA korang baca sampai abis, hahahaha...

Baru-baru ni ada keluar di ruang-ruang koran bahawa menteri belia dan sukan ada mengusulkan pembelajaran politik seawal sekolah. Aku pun tak ingat sangat sebab aku baca sekali imbas saja. Tapi yang pasti pembabitan warga yang lebih muda untuk terlibat dalam politik. Sejujurnya aku setuju. Tapi aku takut ia disalahgunakan oleh pihak kerajaan. Lihat sahaja kursus Biro Tata Negara (aku dah pernah pergi), ianya berbaur politik berat sebelah. Jadi aku setuju pembabitan warga yang lebih muda dalam politik, tetapi pelaksanaannya haruslah bebas dari sebarang pengaruh parti politik, TERMASUKLAH PIHAK KERAJAAN! silibus yang digunakan haruslah bebas dari memburuk-burukkan mana-mana pihak.

Budak-budak muda sekarang ni ada yang kurang gemar "ambik pot" dalam politik. Aku tahu apa sebabnya. Sebabnya adalah taktik-taktik keji yang dilakukan oleh para penyokong. Fitnah bersepah-sepah. Tengok sahaja dalam akhbar, tahun lepas dikatakan Mat Sabu komunis, tahun ni dikatakan pula Syiah, ianya dua ideologi yang sangat berbeza! Senyap cerita Mat Sabu, sekarang dikatakan perhimpunan malam ini untuk guling kerajaan? Anda nilailah sendiri kotornya politik kita. Lepas itu, kedua-dua belah pihak pula berhujah menggunakan point-point fitnah tersebut dan menggunakan teknik provokasi dengan menggelar berbagai-bagai gelaran seperti DAPig, Umngok dan sebagainya.

Politik ini sebenarnya penting. Kerana politik adalah penentu pentadbiran sesebuah organisasi sehinggalah kepada sebuah kerajaan. Dari pemilihan ketua darjah hinggalah ketua negara. Ianya adalah politik. Oleh kerana itu, dengan adanya "proper education" kita akan menjadi satu bangsa yang lebih matang berpolitik, berhemah dan dihormati. Aku akan senaraikan beberapa perkara atau kaedah yang sebenar yang perlu anda lakukan untuk menjadikan minda anda kelas pertama.

  1. Rakyat yang mengundi ada hak untuk mengetahui ideologi semua parti / kesatuan yang ada di Malaysia.
  2. Dengan mengetahui ideologi parti-parti yang bertanding, rakyat dapat memilih parti mana yang sesuai dengan kehendak individu terbabit.
  3. Rakyat boleh berdebat secara sihat di mana-mana ruang; di public atau di social media.
  4. Rakyat perlu lebih hemah berdebat tanpa menggunakan unsur provokasi atau menggelar mana-mana pihak atas dasar menghormati hak perbezaan pendapat.
  5.  Rakyat harus tahu batas-batas sensitiviti di negara yang berbilang kaum dan agama ini.
  6. Sebarang kenyataan tidak boleh diubahsuai, dipotong atau diedit.
Andainya harapan aku jadi kenyataan, rakyat negara ini sudah boleh mula berkira-kira menjadi sebuah negara maju. Aku pernah katakan yang status negara maju hanya akan boleh secara bangganya di "declare" kan andainya mentaliti rakyat negara kita berubah menjadi lebih matang. Tak guna bina prasarana berkelas pertama andainya mentaliti rakyatnya di kelas ketiga. Pak Lah yang pernah cakap macam tu.

Aku tak sambut pun sambutan tahun baru ini. Sebab ini ikut kalendar masihi. Aku tak larang pun korang sambut. Cuma aku berpendapat yang kalau Islam pegang ekonomi dunia, kita masih akan ikut takwim masihi kah?

Tuesday, 1 October 2013

Stressnya Assignment-Assignment Ni!

Dah lama rasanya tak menulis di laman blog ini. Bila sudah selesai tugasan Bahasa Inggeris, barulah rasa lapang sedikit untuk menulis dan sebagainya. Tapi masih ada lagi tugasan-tugasan lain, kuiz malah ujian yang bakal dihadapi.

Rasa lapang itu terbit seusai sahaja tugasan Bahasa Inggeris selesai, tugasan Bahasa Inggeris ini banyak tekanannya. Subjek ini tiada peperiksaan akhir. Melalui projek berterusan inilah pelajar akan dinilai. Meskipun subjek ini subjek Bahasa Inggeris, kami dikehendaki untuk menghasilkan produk baharu dan membuat sales presentation dalam Bahasa Inggeris. Banyak pelajar yang mengeluh dengan tekanan untuk menghasilkan produk baharu mereka. Saya juga tak terkecuali. Tetapi ramai juga yang melampiaskan kemarahan mereka terhadap pendekatan pensyarah terhadap mereka.

Ramai orang bertanyakan kepada saya, mengapa saya anti sedikit terhadap pensyarah subjek "selling" tapi bukannya subjek BI walaupun tekanan subjek BI adalah lebih berat berbanding selling. Dari perspektif saya, saya anti dengan pensyarah "selling" dan bukannya subjek "selling". Saya tak pernah membenci mana-mana subjek semenjak saya masuk di KPTM ini. Sebarang tekanan yang datang dari sebarang subjek saya jadikan cabaran. Samada saya mampu melaksanakan dengan baik atau tidak itu perkara nombor dua. Menghadapi pelbagai personaliti juga merupakan satu cabaran. Malangnya saya masih belum mampu untuk berdiplomasi dalam hal ini. Prinsip saya "if you bitching with me, I'll do the same thing with you". Respect is a two-way road, you want respect, learn to treat other respectively. Makanya, saya tak pernah membenci subjek "selling", malah saya akui kepentingannya dalam bidang ini.

Mari kita beralih kepada subjek Bahasa Inggeris. Saya sebenarnya lebih suka ditekan dalam perkara ini. Ramai yang mengeluh mengapa pensyarah mereka atau lebih tepatnya pensyarah saya menekan dalam berbagai aspek produksi mereka padahal pensyarah lain lebih santai dan rileks dalam penyampaian mereka. Pada saya, bila kita ditekan, kita lebih dekat dengan "persekitaran" pasaran di luar sana. Kita lebih didedahkan dengan situasi dunia sebenar. Pemimpin-pemimpin dan negarawan-negarawan di luar sana mendambakan "produk" yang berkualiti tinggi dihasilkan oleh institusi-institusi pengajian di negara ini supaya negara akan lebih berdaya saing. Malangnya silibus kita banyak berdasarkan exam-oriented. Maka, bila pendekatan "problem-based learning" diperkenalkan, banyak pelajar mengeluh. Inilah masalahnya dengan kebanyakan pelajar kita, termasuklah diri saya. Iaitu kita selalu minta "disuap". Maka dimana effort kita untuk mencari ilmu? Kita nak ilmu, tapi berharap ilmu itu datang sendiri kepada kita. Ilmu pun macam cinta juga, cinta kalau tak dicari, bagaimana ia nak datang? Jadi saya sebenarnya bersetuju dengan peralihan pendekatan pembelajaran yang kita hadapi sekarang. Stress? betul, saya akui. Tapi itulah hakikatnya di dunia luar sana.

Kesimpulannya, dengan subjek BI ini mengajar saya sedikit sebanyak terhadap tekanan yang bakal kita hadapi jika satu hari nanti kita ingin menjadi produser. Tidakkah anda bercita-cita sebegitu apabila mengambil jurusan ini? Ia juga mengajar kita tentang risiko-risiko yang mungkin kita hadapi bila kita jadi produser nanti. Jadi walau apapun gred yang saya mungkin perolehi, saya bersyukur mengambil subjek ini tahun ini. Agaknya apa cabaran di semester hadapan?

Wednesday, 17 July 2013

Berani ke aku ni?

Semalam lecturer aku cakap orang yang ada blog ni berani. Berani untuk meluahkan pendapat dan mengekspresi rasa di persekitaran yang public, maksudnya semua orang boleh membaca pendapat kita di serata dunia.

Pada aku, aku bukanlah seorang yang berani. Keberanian aku di dunia maya ini dapat dilitupi dengan perkataan "anonymous". Di dunia siber ni ada satu lagi istilah yang dinamakan "keyboard warrior". Ia merujuk kepada seorang yang lantang "menaip" di dunia siber tapi realitinya di dunia nyata mereka tak lebih hanya sebagai tin kosong.

Kesimpulannya, di dunia siber ini, semua orang boleh menjadi sesiapa sahaja. Mereka akan jadi lebih yakin dan "confident" berlindung di balik keyboard. Lebih baik sekiranya mereka berjaya menterjemahkan sikap tersebut di dunia nyata.

Jadi sampai sini dululah rasanya celoteh aku. Aku pun sebenarnya sedang kebosanan sebab tak ada apa boleh aku buat ketika ini. Jumpa lagi, wassalam...

Friday, 14 June 2013

Itu Semua Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung blog ini.

Hari ni aku just nak tulis tentang pentingnya kita bersyukur dengan apa jua ketentuan yang tersurat kepada kita dan lebih penting lagi, kita ambil pengajaran dari ketentuan tersebut.

Kita sering terlupa untuk bersyukur, lebih2 lagi dengan nikmat yang sering dipandang enteng oleh kita, contohnya kita hidup di Malaysia. Surau berlambak, nak beribadat tak susah. Cuba pergi negara lain, aku ni tak pernah pergi luar negara, so kalau salah tolong betulkan. Ini membawa kepada poin utama dalam bingkisan kali ini.

Pernahkah anda bersyukur dengan ujian dan musibah yang anda hadapi? Firaun dikatakan tak pernah sakit, lantas membuatkan dia ego dan mengaku tuhan. Setiap kali aku sakit, dan kadang-kala ia terlalu berat(hakam tau la macam mana aku masa sakit),  aku bersyukur kerana Allah buat aku sedar yang aku ni lemah, segala kekuatan aku ni pinjaman-Nya. Sekurang-kurangnya Dia masih ingat dan ambil berat tentang aku. MUNGKIN dengan kesakitan itu, dapat mencuci dosa-dosa yang aku dah lakukan. Kalau itulah benar-benar berlaku, sungguh aku bersyukur aku jatuh sakit.

Bila Allah turunkan ujian juga, akan membuatkan kejayaan kita di kemudian hari lebih manis. Sejarah hitam masa aku di matrikulasi dan IPTA dulu membuatkan aku bersyukur kerana aku kini bangkit dan harapanku kecemerlangan ini akan berkekalan agar dapat aku menaikkan nama agama dan bangsa aku. Tetapi masih aku sedar, ianya takkan berlaku tanpa izin-Nya. Study la macam mana pun, kalau tak diizinkan Allah untuk berjaya, kita tak akan berjaya. Sebab itulah kita perlu usaha+doa+tawakkal untuk sukses dalam hidup, Insya Allah...

Rasanya macam dah panjang aku melalut kat sini, bukannya ramai baca pun kan? Tapi kalau ada yang terbaca dan ingin berkongsi entri ini, anda sangat dialu-alukan...share, tweet atau retweet, do what u wanna do(nyanyi lagu windows 8)...

Jumpa lagi
wassalam...

*entri ini ditulis menggunakan apps blogger

Sunday, 9 June 2013

Aku Rindu

Aku tadi singgah R&R masa maghrib, so aku solatlah berjemaah. Lepas tu, aku pun tiba-tiba rasa rindu, rindu nak solat berjemaah. Sebenarnya, rumah aku ni depan surau je, dulu masa aku kat U lama, kalau aku balik rumah, mesti solat kat depan tu. Sebenarnya tak ada alasan sebenarnya nak solat berjemaah, tapi aku masih beralasan. Alasan aku?

Aku takut dan malu kalau orang tanya apa aku buat sekarang. Pakcik-pakcik yang selalu aku jumpa mesti tanya. So, untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, aku pun dah tak pergi berjemaah. Jemaah kat depan tu pun tak ramai, so memang obvious kalau aku ada.  Lepas ni, bulan puasa, mesti ramai datang surau tu., so boleh la lepas rindu. Kat asrama pulak, aku malas nak turun, (jangan contohi) so sebab tu aku tak pernah turun melainkan perlu. Bila aku dengar kat depan rumah sewa semester depan ada surau sedang dibina, tiba-tiba aku rasa excited. Hahaha...so, aku berharap surau tu cepat la siap...

Apa-apa pun, tak sepatutnya aku beralasan. Sebagai seorang lelaki, sepatutnya aku solat secara berjemaah. Lebih-lebih lagi, surau depan rumah sahaja.Kawan-kawan, jangan contohi aku ya?