Thursday, 16 August 2012

Racist Paranoia! (Uncensored!)

Sebenarnya aku semalam takde idea nak update "Infinitesane Daily", tapi pagi ni tiba-tiba aku dapat idea untuk entry "Thursday Wonder". Disebabkan hari ni dah Jumaat, so aku tulis je la dulu kat sini, minggu depan lah pulak update pasal isu ni kat sana.


Akhir-akhir ni aku terperasan tentang isu ni. Biarlah aku bagitau dulu situasi dia. "Perbualan" ini sebenarnya komen-komen di youtube.

Ini Iqbal Nasir dah ada facebook....profile je...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat yang bukan muslim. Akhirnya gua selamat sampai di rumah. Dengan lahirnya blog "Ini Iqbal Nasir" ni, menandakan Iqbal Nasir telah di "reborn", atau "revive" dan sebagainya. Maka petang tadi, aku akhirnya buatlah satu lagi akaun facebook untuk "Ini Iqbal Nasir". Facebook profile je, sebab aku tak la feymes sangat nak wat fanpage sendiri...


So, sesiapa berminat nak add, silalah. Anda dialu-alukan. TETAPI pastikan aku kenal orang yang add aku tu. Kalau yang aku tak kenal pun, bagitau dulu macam mana ko boleh kenal aku. Aku tak suka add orang yang aku tak kenal. Tapi sebenarnya aku buat satu lagi akaun fb tu untuk mencukupkan syarat je, aku tak kisah pun kalau tak ramai yang add aku, aku ada sebab-sebab tersendiri kenapa aku berbuat begitu. Itu rahsia aku sendiri. Kat sidebar sebelah ni ada badge fb aku, klik je ---->

Tu je la kot untuk entri hari ni, aku panas hari sabtu minggu lepas sebab aku dah tulis entri untuk Infinitesane Daily, sekali internet takde pulak. Sakit hati betul la...

Friday, 10 August 2012

Adoyai...Facebook...



Beberapa hari lalu, aku buka facebook aku, tiba-tiba interface lama aku dah x de, sebaliknya DENGAN TIBA-TIBA interface profile aku jadi timeline. Pastu, kat belah atas ada pengumuman yang aku print screen kat atas tu. Apehal lak kan? aku punya profile, aku punya suka la nak guna timeline ke tak. Tak pasal-pasal aku kena fikir nak bubuh cover photo apa lak kan? Kira macam kena paksa jugak la ni dengan facebook. Nak tak nak, kena gak guna timeline...

p/s: aku tak tahu nak bubuh label apa kat entry-entry kat sini. sebab semuanya bebas...

Saturday, 4 August 2012

Hahaha...Blog Baru Lagi...

Gambar kat atas tu time raya tahun lepas


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga internet semua. Kepada yang tak sengaja tersampai ke blog ini, selamat datang la jugak. Untuk kali ke berapa entah aku mengucapkan selamat datang ke blog baru aku. Baru bulan Mei hari tu aku 'launch' blog Infinitesane Daily aku tu.